Thursday, February 19, 2015

Tukang kebun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari kerana curi iPhone



Tukang kebun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari kerana curi iPhone | Seorang tukang kebun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan mencuri iPhone 4 dan dompet berisi wang tunai RM47 milik jemaah masjid di Ayer Keroh, Sabtu lalu. Farid Raymee Ab Rahim, 36, dari Ayer Molek, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan dibacakan.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang mencuri telefon bimbit jenama iPhone 4 dan dompet yang mengandungi RM47 yang kesemuanya bernilai RM400 milik Mohd Nasiruddin Mohd Nasir, 21, di Masjid Al-Alami, Ayer Keroh, di sini, pada 1.40 petang, 14 Februari lalu. Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali. Norina menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari ke atas tertuduh bermula hari ini. -Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!