Saturday, January 3, 2015

Misteri penampakan objek terbang tidak dikenali pada tahun 1950-an dan 1960-an akhirnya terungkai


 Misteri penampakan objek terbang tidak dikenali pada tahun 1950-an dan 1960-an akhirnya terungkai | Misteri penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilaporkan pada tahun 1950-an dan 1960-an akhirnya terungkai apabila Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengakui bahawa sebahagian aktiviti luar biasa di udara itu adalah penerbangan pesawat perisik. CIA melalui dokumen yang didedahkan kepada umum menjelaskan, penampakan UFO yang dilaporkan kira-kira 60 tahun lalu sebenarnya merupakan pesawat perisikan U-2 yang diuji pada ketinggian 18,288 meter di udara, satu ketinggian yang dianggap mustahil untuk penerbangan.

 Portal berita UPI yang memetik dokumen yang di­siarkan CIA turut menambah, pada pertengahan tahun 1950-an, kebanyakan pesawat komersial hanya terbang pada ketinggian antara 3,048 meter dan 6,096 meter, manakala pesawat tentera pula mencapai altitud di bawah 12,192 meter. Jelas laporan itu, disebabkan pesawat U-2 terbang pada ke­tinggian melebihi 18,288 meter, pusat kawalan trafik udara sering menerima laporan tentang penampakan UFO.

“CIA menyedari laporan pe­nampakan UFO berlaku pada masa dan tempat yang sama ketika penerbangan pesawat U-2, tetapi mereka merahsiakan perkara itu dan membiar­kan orang ramai berfikir objek yang dikesan itu adalah makhluk asing, bukannya pesawat perisik. “Kejadian itu adalah kerja kami,” lapor UPI yang memetik dokumen CIA selepas agensi tersebut menyiarkan beberapa pautan tentang senarai 10 dokumen terbaik 2014 yang paling banyak dibaca. Kini pesawat U-2 digunakan dalam perkhidmatan Tentera Udara Amerika Syarikat dan sebanyak 104 buah pesawat itu telah dibina secara keseluruh­annya.-AP




.

#QZ8501: Suasana gempar..Jenazah mangsa terjatuh ketika dipindahkan ke hospital



#QZ8501: Suasana gempar..Jenazah mangsa terjatuh ketika dipindahkan ke hospital | Suasana hening dan pilu bertukar gempar apabila satu daripada tujuh jenazah mangsa nahas QZ8501 dilaporkan terjatuh semasa dipindahkan ke hospital. Memetik laporan dari portal berita Kompas.com, insiden tercetus sebaik jenazah itu dibawa turun dari sebuah kenderaan di Hospital Umum Daerah (RSUD) Imanuddin, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan, hari ini.

Menurut laporan tersebut, proses pemindahan jenazah ke hospital tersebut bermula lancar pada awalnya. Bagaimanapun jenazah ketujuh penumpang QZ8501 yang dibawa turun oleh petugas dilaporkan terjatuh tiba-tiba sebelum diletakkan di atas troli. Insiden tersebut menyebabkan suasana bertukar panik lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu-ibu mangsa sebelum dapat ditenangkan oleh petugas-petugas khas.

“Tolonglah, tolong bantu angkat jenazah itu!” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut. Sejurus menyedari keadaan jenazah, petugas-petugas bergegas membetulkan posisi jenazah tersebut. Setakat ini, 30 mayat dilaporkan ditemui semasa usaha mencari dan menyelamat dijalankan. Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya berjaya dikenal pasti. Pihak berkuasa melaporkan, pencarian ke atas 132 mayat mangsa nahas tersebut masih diteruskan. -Kompas




.

Pelakon kontroversi, Hanez Suraya bertunang dengan kekasihnya, Romie



Pelakon kontroversi, Hanez Suraya bertunang dengan kekasihnya, Romie | PELAKON Hanez Suraya selamat melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin Adilha. Lapor sebuah portal, majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing. Majlis itu menamatkan teka teki dan tanda tanya yang wujud mengenai spekulasi acara pertunangan mereka. "Ya... kami baru saja bertunang tadi," katanya.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah dilaporkan putus cinta. Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez didakwa sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya. Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu. "Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," katanya.




.

Hukuman keatas pengedar dadah di Arab Saudi



Hukuman keatas pengedar dadah di Arab Saudi  | Dua lelaki yang disabitkan bersalah mengedar dadah menjadi pesalah pertama dihukum pancung oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun ini. Pada tahun lalu seramai 87 pesalah dipancung berikutan melakukan pelbagai kesalahan yang membawa kepada hukuman mati di negara tersebut. Malik bin Said al-Sayaari dipancung pada Khamis di daerah Al-Hasa selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah secara berulang kali. Seorang lagi pesalah, Hussein al-Dussari pula dipancung di Riyadh selepas didapati bersalah menembak mati seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Hussein ditahan kerana melakukan turut melakukan pengedaran dadah. Arab Saudi menguatkuasakan hukuman mati mengikut syariat Islam terhadap pesalah bagi kesalahan rogol, bunuh, murtad, rompakan bersenjata dan mengedar dadah. Negara tersebut juga dilaporkan terus memperketatkan undang-undang dalam hukuman mati walapupun terdapat pertikaian daripada pertubuhan hak asasi manusia. -AFP





.

Kejam! Bayi mati kelaparan angkara ibu dan ayah tiri



Kejam! Bayi mati kelaparan angkara ibu dan ayah tiri | Seorang bayi berumur 22 hari ditemui mati kelaparan di dalam sebuah kereta ketika ibu dan ayah tirinya sedang menikmati bufet di sebuah restoran. Ibu tersebut, Ruby, 33, dan ayah tiri kepada bayi tersebut, Roy, 48 didakwa di atas tuduhan membunuh bayi berusia 22 hari tesebut. Bayi tersebut, Betsey Kee Stephens hanya berat 1.8 kilogram ketika ditemui mati minggu lepas, kurang lebih dari sekilogram ketika dia dilahirkan.

 "Pada pendapat saya, bayi tersebut terseksa semenjak dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia," kata Penolong Ketua Polis Mike Link. Pegawai kesihatan mengisytiharkan Betsey maut 3 jam sebelum ibu dan ayah tirinya memanggil nombor kecemasan. Pasangan tersebut memberitahu bahawa mereka meninggalkan bayi tersebut bersama dua beradiknya di dalam kereta ketika mereka pergi makan di Golden Corral, sebuah restoran yang menghidangkan makanan ala bufet.


Mereka memanggil nombor kecemasan selepas mendapati kaki Betsey sejuk sekembalinya ke kereta, lapor mirror.co.uk. Adik beradik Betsey, berumur satu dan dua tahun berkeadaan sihat dan sedang dijaga oleh pihak kebajikan. "Kalau kamu tidak mahu anak tersebut, berikan anak tersebut kepada orang lain (untuk dijadikan anak angkat)," kata Mike. "Kamu tak perlu biarkan dia mati kelaparan," tambahnya. -AP




.

Majikan kejam cabut 4 batang gigi pembantu rumah dengan playar



Majikan kejam cabut 4 batang gigi pembantu rumah dengan playar | Seorang perunding di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, Jumaat terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dan cubaan membunuh pembantu rumahnya. Ong Su Ping Serene, 47, didakwa menyebabkan kecederaan parah dengan mencabut empat batang gigi pembantu rumah warga Indonesia Meriance Kabu, 32, menggunakan playar di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya, antara 11 April dan 20 Disember 2014. Jika disabitkan kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Wanita itu turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cuba membunuh Meriance di tempat sama pada 12 tengah hari, 20 Disember lepas, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam William Edwin yang mewakili Ong memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menjaga neneknya yang uzur. Hakim Unaizah Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap akhir bulan. Mahkamah menetapkan 5 Februari ini untuk sebutan semula kes. Media sebelum ini melaporkan seorang pembantu rumah berjaya diselamatkan oleh jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi 'tolong bos dera saya' di bawah pintu rumah majikannya. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!