Thursday, January 15, 2015

Ahli perniagaan dikecam kerana punya isteri yang cantik



Ahli perniagaan dikecam kerana punya isteri yang cantik | Seorang ahli perniagaan dari wilayah Hebei menjadi mangsa kecaman pengguna Internet gara-gara mempunyai isteri jelita. Lelaki berkenaan, Mei Aisi kini menetap di Ukraine dan berkahwin dengan seorang gadis cantik dari negara itu.


Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki lapor media China Daily. Bagaimanapun, tindakan Aisi memuat naik gambar isterinya di laman web Weibo mengundang rasa tidak puas hati pengguna Internet di China. Ada menganggap isterinya sebagai mata duitan kerana Aisi bukannya lelaki yang kacak. -AP




.

Penyanyi terkenal dedah rahsia nyaris maut kerana gugurkan kandungan



Penyanyi terkenal dedah rahsia nyaris maut kerana gugurkan kandungan  | PENYANYI Nicki Minaj mendedahkan dia nyaris maut selepas cubaannya menggugurkan kandungan ketika di zaman remaja. Menurut laporan Rolling Stone, keadaan itu masih lagi menghantui dirinya sehingga kini apatah lagi dia masih muda dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya pada waktu itu. "Ingatkan saya dah nak mati apabila cuba menggugurkan sendiri kandungan. Ia adalah saat-saat yang amat berat dalam hidup yang pernah dilalui.


"Apatah lagi mental dan fizikal saya belum bersedia untuk mempunyai anak. Ia turut mempengaruhi kehidupan saya selepas itu" katanya. Tambah pelantun lagu Anaconda ini, walaupun ia membuatkan dia merasakan menjadi seorang wanita yang tidak bertanggungjawab, namun dia percaya sesebuah pengalaman buruk boleh dijadikan pengajaran dalam meneruskan kehidupan pada masa akan datang. "Ia membuatkan saya lebih matang dalam membuat sesebuah keputusan," ujarnya. -AP




.

Cristiano Ro­naldo terima hadiah istimewa daripada NIKE.. Jom tengok..


Cristiano Ro­naldo terima hadiah istimewa daripada NIKE.. Jom tengok.. | ‘Mercurial CR7 Rare Gold’, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano Ro­naldo. But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit.Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.


“Berlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu besar dan dibentuk dengan penuh teliti oleh pengukir berlian. “Oleh kerana berlian sangat halus dan butir-butirnya tajam, ia dipotong menjadi kepingan kecil membentuk mikro berlian. "Ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkan but tersebut me­ngingatkan pasukan reka bentuk Nike kepada etika kerja Ronaldo,” kata Nike.


Pengeluar barangan sukan antarabangsa itu memutuskan untuk menghasilkan sepasang kasut istimewa buat Ronaldo bagi meraikan kejayaan bintang penyerang Portugal itu menjulang anugerah Ballon d’Or. Selain itu, Ronaldo juga dilihat berjaya mengharungi musim yang cemerlang dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Copa del Rey, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab. -AP




.

Larangan pelajar perempuan bukan Melayu pakai baju kurung sebagai seragam sekolah? Apa kata Menteri Pendidikan?



Larangan pelajar perempuan bukan Melayu pakai baju kurung sebagai seragam sekolah? Apa kata Menteri Pendidikan? | Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada garis panduan yang melarang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung sebagai seragam sekolah. Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan mengarahkan setiap sekolah untuk tidak membuat peraturan yang tidak selari dengan dasar Kementerian Pendidikan.

“Bagi saya pemakaian baju kurung patut digalakkan sebab merupakan pakaian kebangsaan, (larangan) ini tidak betul, minta sekolah perbetulkan,” katanya pada sidang akbar selepas majlis pelancaran Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) di sini hari ini. Advertisement Beliau mengulas isu seorang pelajar perempuan bukan Melayu di sebuah sekolah di ibu negara yang dilarang memakai baju kurung sebagai seragam sekolah. - Utusan



.

Berita baik : Bayaran Pasport Lima Tahun Diturunkan



Berita baik : Bayaran Pasport Lima Tahun Diturunkan | Rakyat di negara ini yang gemar melancong boleh menarik nafas lega kerana bayaran untuk membuat atau memperbaharui pasport mereka selama lima tahun kini berharga RM200 (sebelum adalah RM300), diturunkan sebanyak RM100, berkuat kuasa Khamis. Bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak dibawah umur 12 tahun, jemaah haji dan pelajar dibawah umur 21 tahun dan belajar di luar negara adalah sebanyak RM100.

 Sebelum ini, warga emas dan pelajar yang mengikut pengajian di luar negara perlu membayar RM150 untuk pasport selama lima tahun. Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut. Notis arahan terbaharu itu ditampal di luar pejabat Imigresen pada Khamis. Dengan pengurangan bayaran untuk pasport lima tahun, pasport untuk tempoh dua tahun tidak ditawarkan lagi. -Mstar



.

#QZ8501 : Inilah kata-kata terakhir Kapten Irianto, penyiasat kotak hitam



#QZ8501 : Inilah kata-kata terakhir Kapten Irianto, penyiasat kotak hitam | Penyiasat kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas baru-baru ini mendedahkan kata-kata terakhir Kapten Irianto. Menurut Nurcahyo Utomo dan Pasukan Keselamatan Pengaangkutan Nasional (KNKT) berkata, ayat terakhir adalah 'Allahu Akbar' sebelum terputus hubungan. Dalam masa sama Nurcahyo mengakui sebak ketika menjalankan siasatan kotak hitam itu yang boleh mengganggu kekuatan mental. "Mendengar rakaman kotak hitam sesebuah pesawat bukanlah seperti mendengar muzik atau perbincangan lain.

"Ia sangat sukar untuk mendengar kata-kata seorang yang dikenali, malah dia telah mengajar saya bagaimana untuk menerbangkan pesawat ketika bersama dalam pasukan Angkatan Tentera Indonesia," jelasnya dalam kenyataan yang dipetik dari Tribune.news.com pada Rabu. Katanya juga, percakapan terakhir itu jugalah yang akan membawa kepada punca pesawat itu terhempas. "Daripada percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang itu kami dapat mengetahui apa sebenarnya yang akan terjadi," tambahnya.

Keadaan tempat pembakaran mayat di Sungai Gangga ini mengejutkan


Keadaan tempat pembakaran mayat di Sungai Gangga ini mengejutkan | Lapan puluh mayat ditemui terapung dalam sungai Gangga, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai masalah kebersihan sungai yang dianggap suci oleh penganut Hindu, tempat jutaan mereka membakar mayat anggota keluarga masing-masing. Mayat itu ditemui terapung dalam anak sungai yang cetek berhampiran kawasan membakar mayat di Uttar Pradesh, negeri di utara India. Rakaman televisyen turut menunjukkan anjing dan burung memakan mayat yang sudah kembung dan reput yang terapung di permukaan air.

Seorang pegawai menganggarkan sebanyak 80 mayat sudah diangkat naik tetapi memberi amaran jumlah itu mungkin meningkat. “Mungkin terdapat sekitar 100 mayat tetapi kami belum dapat memastikan jumlah sebenar,” kata majsitret daerah Saumya Agarwal. Mayat berkenaan timbul selepas air semakin cetek. “Kami berusaha mencari punca dan sudah menghantar sepasukan doktor ke tempat itu untuk mengumpul sampel daripada mayat berkenaan untuk menyiasat kes itu,” katanya.


Pegawai kanan polis Satish Ganesh berkata, mayat terbabit mungkin ditanam di hulu sungai di kawasan pembakaran mayat yang dikenali Pariyar Ghat sebelum ia hanyut dan terperangkap di kawasan air cetek. Sudah menjadi kebiasaan penganut Hindu membakar mayat anggota keluarga mereka secara terbuka sebelum menabur abu mayat ke dalam sungai Gangga. Bagi keluarga miskin yang tidak mampu membeli kayu api dan bahan lain untuk membakar mayat, mereka sering menempatkan mayat anggota keluarga masing-masing di dalam sungai tanpa membakarnya. -AP




.

Kenangan terakhir pelakon filem Laskar Pelangi, Verrys Yamarno, untuk ibunya



Kenangan terakhir pelakon filem Laskar Pelangi, Verrys Yamarno, untuk ibunya | Senaskhah al-Quran kecil dan baju hujan menjadi kenang-kenangan terakhir ditinggalkan pelakon filem Laskar Pelangi, Verrys Yamarno, untuk ibunya. Selepas selamat dikebumikan kelmarin, pemuda Belitung yang membawa watak Trafani dalam filem berkenaan, Suharyadi Syahramadhan, menyerahkan dua barang itu kepada Normala, 44, yang hidup tanpa suami sejak Verrys berusia tujuh tahun. Penyerahan barang Verrys itu disaksikan beberapa pelakon lain Laskar Pelangi serta teman sekuliah mereka di Institut Kesenian Jakarta.

 Kata Suharyadi, Verrys sendiri berpesan supaya al-Quran dan baju hujan itu diserahkan kepada Normala. Verrys - membawa watak Mahar dalam filem arahan Riri Riza - ditemui mati dalam bilik sewanya pada Isnin lalu. Dia yang pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu sering mengadu sakit kepala, loya dan muntah-muntah. Penulis asal novel Laskar Pelangi, Andrea Hirata berkata, Verrys mengalami penyakit vertigo kesan daripada kemalangan berkenaan. - Agensi




.

#QZ8501 : Luahan hati jurukimpal yang ditugaskan untuk memotong ekor pesawat


#QZ8501 : Luahan hati jurukimpal yang ditugaskan untuk memotong ekor pesawat | “Saya berasa gementar apabila dikelilingi lebih 200 orang melihat saya memotong sesuatu yang dianggap luar biasa iaitu ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,” kata Musnadi, 47, jurukimpal yang ditugaskan untuk memotong ekor pesawat berkenaan di Pelabuhan Panglima Kumai. Menurutnya, peluh dari wajahnya bukan saja kerana perlu bekerja di bawah terik matahari namun juga akibat perasaan gementar bekerja di tengah-tengah ratusan orang.

Musnadi biasanya menjalankan kerja memotong besi untuk pagar atau tingkap dan terkejut ketika menerima panggilan untuk memotong ekor pesawat AirAsia Indonesia. “Ketika menerima panggilan saya hanya menjawab ya, di mana tuan dan menyatakan saya belum pernah memotong pesawat,” katanya kepada portal berita Tempo.co.




.

Kecewa tak kahwin, gadis maut terjun dalam tasik



Kecewa tak kahwin, gadis maut terjun dalam tasik | Kelibat seorang gadis yang duduk termenung di Tasik Shah Alam, di sini, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lemas selepas terjun ke tasik berkenaan, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa berusia 29 tahun dikatakan duduk berseorangan sebelum dilihat berlari ke arah jambatan sebelum terjun ke dalam tasik itu. Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia baru keluar dari pejabatnya di kawasan berkenaan dan dalam perjalanan ke keretanya sebelum terserempak dengan gadis terbabit.

“Saya melihatnya termenung dan seperti gelisah sebelum berlari ke arah jambatan tidak jauh dari situ. “Saya sempat menasihatinya supaya tidak duduk seperti itu kerana khuatir terjatuh, namun tidak sampai beberapa saat saya beredar dari lokasi kejadian saya melihat dia terjun ke tasik berkenaan,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kejadian jam 3.43 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian. -Metro




.

[6 Gambar] Tragis! Bas persiaran rentung, 7 maut dan 22 cedera di Lebuhraya Utara Selatan



[6 Gambar] Tragis! Bas persiaran rentung, 7 maut dan 22 cedera di Lebuhraya Utara Selatan | Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran kenderaan itu di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah di sini.


Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.


Katanya, pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya. "Operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.


"Setakat ini tujuh didapati maut dan 15 cedera dihantar ke hospital untuk rawatan manakala tujuh lagi cedera ringan. "Kita masih menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa," katanya.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada penumpang yang terselamat, bas berkenaan dinaiki 30 orang. -BH




.

Seorang penggali kubur maut dirempuh kereta



Seorang penggali kubur maut dirempuh kereta  | Seorang penggali kubur maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kilometer 97.7 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, di sini, 9.45 pagi semalam. Ketika kejadian, mangsa, Othman Che Wan Ghani, 58, dari Kampung Limbong, di sini, dalam perjalanan ke Pasar Paka dan setibanya di persimpangan lampu isyarat, motosikal ditunggangnya dirempuh kereta terbabit yang datang dari arah Dungun ke Paka.

Mangsa dikatakan diseret kenderaan terbabit beberapa meter dan mengalami kecederaan parah di kepala serta cedera di beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu kereta yang berusia 30 tahun hanya cedera ringan. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!