Saturday, February 21, 2015

BILA KULI JADI ARTIS - CRYSTAL ANABELLA




BILA KULI JADI ARTIS - CRYSTAL ANABELLA | Yuri seorang pekerja restoran Pizza yang berasal dari keluarga yang serba kekurangan. Kehidupan yang pada mulanya biasa-biasa sahaja, mulai berubah ketika mengenali majikan barunya, Daniel Ervin seorang jejaka kaya, yang nampaknya mula berusaha memenangi hati Yuri disebabkan hatinya yang sudah terpaut pada gadis ini.

Ya, hidup Yuri mulai terasa indah ketika dia turut membalas cinta yang dihulur oleh Daniel Ervin. Dan bila hubungan itu terjalin lebih serius, ianya diduga dengan kejadian Yuri difitnah. Sejak kejadian itu, pandangan Daniel Ervin padanya berubah 100%. Maruah Yuri dipijak dan keluarganya diperlakukan kejam. Disaat menghadapi dugaan besar dan berat itu, muncul seorang lelaki yang kemudiannya merubah seluruh hidup Yuri menjadi seorang bintang terkenal. Yuri nekad membalas dendam, namun ketika menemui Daniel Ervin sejak sekian lama, sanggupkah dia menyakiti lelaki itu??



Tajuk : Bila kuli jadi artis
Penulis : Crystal Anabella
Halaman : 632 muka surat
Harga : RM25/RM28




.

Wanita cacat selepas jalani pembedahan plastik untuk kelihatan cantik seperti bintang filem



Wanita cacat selepas jalani pembedahan plastik untuk kelihatan cantik seperti bintang filem | Seorang ahli perniagaan China, Chen Yili menyatakan harapannya untuk kelihatan cantik seperti bintang filem berkecai selepas pembedahan plastik yang dijalaninya di sebuah hospital di Korea Selatan menyebabkan mukanya cacat. Yili yang membelanjakan beribu-ribu dolar untuk pembedahan itu berkata, doktor berkenaan berjanji akan mengubah mukanya seperti bintang K-Pop. “Mereka berjanji akan membentuk hidung, bibir, dan dagu baharu, tetapi apabila rakan-rakan saya melihat hidung saya, mereka semua terkejut. Hidung saya penyek dan buruk,’’ katanya. Yili merupakan seorang daripada ribuan wanita China, yang mengadu wajahnya menjadi cacat selepas menjalani prosedur berkenaan ekoran ketiadaan undang-undang untuk mengawal industri yang semakin berkembang di Korea Selatan.

Ahli perniagaan itu berkata, dia membelanjakan kira-kira AS$26,000 (RM91,000) di Klinik Beauty Line di Seoul dengan satu daripada prosedur adalah mengambil tulang rawan dari tulang rusuk untuk ditambah ke hidungnya. “Bagaimanapun, selepas pulang ke China, saya mengalami jangkitan dan kini mendapat rawatan di sebuah klinik di Beijing. Saya turut mengalami masalah kemurungan dan terpaksa bergantung kepada 12 jenis ubat setiap hari,’’ katanya. Klinik-klinik di Korea Selatan menawarkan pakej pembedahan plastik bersama percutian menerusi laman web mereka.

Ketika kebanyakan prosedur di Korea Selatan berlaku tanpa sebarang kejadian buruk, industri itu menjadi perhatian pada bulan lalu apabila seorang wanita China berumur 50 tahun koma selepas menjalani pembedahan di sebuah klinik di daerah Gangnam, Seoul. Seoul pada minggu lepas mengumumkan tindakan tegas terhadap orang tengah dan klinik tidak berdaftar bagi melindungi pelancong perubatan terutamanya mereka yang tertarik dengan industri pembedahan plastik. Walaupun pasaran pembedahan plastik di China bernilai berpuluh-puluh bilion dolar, namun kebimbangan mengenai keselamatan menyebabkan rakyatnya memilih untuk melakukan prosedur itu di luar negara. – AP




.

Pengantin baru lancarkan mogok lapar depan rumah mertua bagi mendesak keluarga itu terima dia sebagai menantu



Seorang pengantin baru di sini melancarkan mogok lapar di hadapan rumah mentuanya sejak tiga hari lalu bagi mendesak keluarga suaminya menerimanya sebagai menantu. Wanita itu, Priti Kumari berkahwin dengan seorang guru, Dheeraj Kumar selepas lelaki itu diculik pada 21 April tahun lalu. Bagaimanapun, Kumar mendakwa dia dipaksa berkahwin dengan Kumari dan dipukul apabila enggan berbuat demikian. Selepas berkahwin Kumar dibebaskan dan dibenarkan pulang ke rumah, tetapi lelaki itu enggan menerima isterinya walaupun beberapa kali dirayu keluarga wanita berkenaan. Kumari yang kecewa membuat satu majlis perkahwinan di luar rumah mentuanya di kampung Makdampur di negeri Bihar pada Hari Valentine lalu dengan harapan dia diterima sebagai menantu.

Usahanya sia-sia apabila keluarga mentuanya masih tidak membenarkan dia masuk ke rumah. Sejak itu, Kumari berikrar melancarkan mogok lapar dan sanggup mati kebuluran daripada pulang ke rumah ibu bapanya. Tindakan Kumari itu menyebabkan pihak berkuasa di negeri itu bingung dan menghantar sepasukan anggota polis untuk mengawasi keselamatan wanita itu serta pasukan perubatan bagi memantau kesihatannya. “Saya sanggup mati daripada pulang ke rumah keluarga saya.

“Seorang gadis Hindu hanya berkahwin sekali dalam hidupnya,” kata Kumari yang menegaskan dia tidak akan menjamah sebarang makanan sehingga diterima keluarga mentuanya. Keluarga Kumar berkata, mereka enggan mengiktiraf perkahwinan berkenaan kerana tidak mendapat restu kedua ibu bapa lelaki itu. “Saya dipaksa berkahwin dengannya dan pihak polis juga sudah menahan tiga individu selepas saya membuat aduan, malah kes ini masih dibicarakan di mahkamah,” kata Kumar. Perkahwinan paksa adalah perkara biasa di sebahagian negeri Bihar dan menurut polis, seramai 2,533 individu diculik untuk dikahwinkan sepanjang tahun lalu. - Agensi




.

Kemalangan di Mukah, babitkan Viva dan Toyota Hilux, 3 beranak maut dan 2 lagi cedera



Kemalangan di Mukah, babitkan Viva dan Toyota Hilux, 3 beranak maut dan 2 lagi cedera | Tiga beranak maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva dan Toyota Hilux di KM90, Sungai Buloh Selangau, dekat Mukah di sini, jam 8.40 malam tadi. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, dua mangsa maut di lokasi kejadian, Mohamad Rizal Lah, 32 dan ibu mertuanya Salmah Abdullah, 50, manakala mangsa ketiga isteri Mohamad Rizal, Edzuana Delima Edurus, 28 meninggal dunia di Hospital Sibu jam 4 pagi tadi.

 Dua lagi penumpang Perodua Viva yang dalam perjalanan ke Miri itu, Ainatul Mahdiah Edurus dan Edurus Abdul Wahid cedera, kini dirawat di hospital Sibu. Pemandu Toyota Hilux Jesse Nyalu, 33 hanya mengalami cedera ringan. Siasatan lanjut masih dijalankan mengenai punca kejadian. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!