Wednesday, November 28, 2018

Gadis jual rambut demi kelangsungan hidup



Gadis jual rambut demi kelangsungan hidup | AIR mata gadis berusia 15 tahun itu bertakung di mata. Sambil rambut hitamnya yang ikal disikat dia memberitahu, menjual rambut telah membantunya meneruskan kelangsungan hidup. “Sedih? Mestilah tetapi sedikit sahaja,” kata Za Za Lin saat rambutnya berukuran 51 sentimeter dipotong untuk dijual di pasaran di Yangon, Myanmar. Pemilik Thiha Hair Purchasing and Sales, Zin Mar lantas menyerahkan AS$13 (RM 54.57) kepada Za Za Lin, menyamai setara gaji mingguan minimum di Myanmar. Rambut-rambut yang diperoleh akan diproses sebelum dibungkus untuk dijual.

Harga bagi rambut-rambut asli wanita Myanmar itu boleh dijual sehingga mencecah ratusan dolar kepada pengguna yang berani membuat rambut palsu dengan menggunakan rambut sebenar wanita. “Orang dari seluruh dunia mahu rambut dari negara kami kerana apabila anda syampu rambut, ia bersinar bak warna mutiara,” kata Win Ko, seorang lelaki berusia 23 tahun yang membeli rambut daripada individu dan pembekal kecil seperti Zin Mar di pasaran. Walaupun isu perdagangan rambut manusia telah wujud sejak berdekad lalu, Myanmar telah membuka ruang kepada rakyatnya untuk memahami peluang meningkatkan ekonomi.

Eksport 


Negara yang dahulunya dikenali sebagai Burma kini telah menjadi sebuah tempat untuk menghasilkan berjuta-juta dolar keuntungan. Sejak tahun 2010, permintaan rambut manusia untuk dieksport ke luar negara telah meningkat empat kali ganda sehingga menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara itu menjadi pengeksport rambut keempat terbesar di dunia. Pada tahun 2017 sahaja, Myanmar memperoleh AS$6.2 juta (RM26juta) daripada eksport rambut bersamaan dengan berat 1,160 kereta mengikut saiz purata. Perdagangan rambut yang semakin meningkat telah menarik perhatian beribu-ribu wanita sama ada terdesak seperti Za Za Lin atau tidak. Ia dibeli secara kilogram dalam bentuk gulungan seperti bola.

Sebaik sahaja rambut diperoleh, ia akan dikumpulkan sebelum dibawa ke kilang untuk dicabut, disikat, dibasuh dan dibungkus untuk dihantar ke pasaran seperti China. Ia dijual sebagai rambut palsu atau rambut sambungan. Min Zaw Oo dari Tet Nay Lin Trading Co. memberitahu, dia menjalankan perniagaan perdagangan rambut sejak pertengahan tahun 2000. Min Zaw memberitahu, dia banyak menjual rambut wanita berkulit hitam dari Britain, Nigeria, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. “Mereka adalah pelanggan kami yang paling popular. Kebanyakan mereka berkulit gelap,” katanya.

Sementara itu, carian di YouTube baru-baru ini mendedahkan, beribu-ribu wanita mengkaji cara sambungan rambut palsu. Ia boleh dilihat menerusi carian rambut asli Burma. “Ia tidaklah selembut rambut wanita India dan tidaklah sekasar rambut wanita Brazil. Rambut wanita Myanmar berada di tengah-tengah,” kata seorang blogger kecantikan, MakeupDoll yang mempunyai lebih 600,000 pengikut dan memperoleh sehingga AS$900 (RM3,775) hasil beberapa tutorial rambut palsu yang dibuatnya. Namun, permintaan untuk rambut Myanmar telah melebihi bekalan kerana trend fesyen moden menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan rambut yang panjang, lurus dan tidak berubah.

Biarawati 



“Rambut-rambut wanita moden pada masa ini pasti sudah diwarnakan, digulung atau dipotong pendek,” kata Hmwe Hmwe, 44, yang telah menghabiskan masa selama 13 tahun dalam perniagaan menjual rambut. Bulan April adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan rambut-rambut wanita kerana ramai antara mereka bersiap untuk menjadi biarawati dengan menjual rambut sebelum dicukur bagi upacara keagamaan. Kebanyakan rambut yang dieksport dari Myanmar tidak dipotong baharu tetapi diambil daripada rambut yang gugur secara semula jadi.

Seorang pemilik perniagaan yang dikenali Auntie Cho berkata, dia membeli rambut daripada sikat yang telah jatuh secara semula jadi. Dia akan memberi 55 sen bagi setiap inci rambut sebelum disumbat ke dalam beg plastik dan diberikan kepada orang telah yang membeli rambut-rambut itu dalam bentuk barang terpakai. – AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!