Juruterbang didakwa tertidur dan mengakibatkan pesawat ‘tersasar’ hampir 50km | SEORANG juruterbang terlajak lokasi pendaratan hampir 50 kilometer (km) dari landasan sebenar selepas didakwa tertidur ketika mengendalikan satu penerbangan carter. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, pihaknya sedang menyiasat kes 'ketidakupayaan juruterbang' susulan kes penerbangan dari Devonport di Tasmania ke King Island pada 8 November lalu. Data penjejakan pesawat menunjukkan penerbangan pada 6.21 pagi itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang King Island dekat bandar Currie walaupun tersasar (di udara) sejauh 46km. Data tersebut yang diperoleh oleh The Australian menunjukkan penerbangan itu adalah satu daripada tujuh penerbangan pesawat Piper PA-31 Navajo VH-TWU yang dijadualkan pada hari tersebut.
Dalam satu kenyataan, ATSB berkata, siasatan akan melibatkan semakan semula prosedur operasi Vortex Air dan menyoal juruterbang terbabit. ATSB mendakwa juruterbang tersebut tertidur ketika pesawat itu tersasar sehingga mengakibatkan kapal terbang berkenaan terbang sejauh 46km dari King Island. Pasukan penyiasat mengklasifikasikan kes itu sebagai insiden operasi serius dan dalam proses mengumpul bukti untuk penyediaan laporan akhir. Laporan berkenaan akan diterbitkan pada penghujung siasatan yang dijangka siap pada Mac 2019. Pengarah urusan Vortex Air, Colin Tucker enggan memberikan komen berhubung siasatan tersebut ketika dihubungi oleh Daily Mail Australia. - Daily Mail
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment