Hari istimewa pasangan pengantin ini bertukar tragedi tragis | HARI yang sepatutnya menjadi istimewa buat pasangan pengantin bertukar tragedi apabila pelamin yang dibina di atas sungai roboh. Kejadian itu menyebabkan kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan jatuh ke sungai. Menerusi video tular berdurasi seminit dan 19 saat itu, sejumlah tetamu dilihat terjatuh ke sungai dan masing-masing cuba menyelamatkan diri. Beberapa saat kemudian, video yang dirakamkan dari tepi pelamin menunjukkan pasangan pengantin diselamatkan.
Pengantin perempuan dilihat sukar untuk naik semula ke tepi pentas, tetapi masih mampu tersenyum apabila orang ramai bersimpati dengan keadaannya. "Insiden berlaku pada Sabtu lalu di Cengkareng, barat Jakarta," kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana, Jupan Royter kepada Jakarta Post pada Isnin. Beliau menambah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - The Jakarta Post/Asia News Network
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment