Wednesday, February 13, 2019

Manchester United kalah pada PSG namun siaran berita ini malah mendapat tumpuan bukan kerana kekalahan itu





Manchester United kalah pada PSG namun siaran berita ini malah mendapat tumpuan bukan kerana kekalahan itu | PERLAWANAN Liga Juara-Juara antara Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) disiarkan di seluruh dunia. Dan sudah tentunya setiap negara mempunyai cara tersendiri menyampaikannya dengan cara yang berbeza. Bagaimanapun, liputan menerusi saluran televisyen Iran menampilkan kelainan. Manchester United memaparkan imej syaitan pada lambangnya sejak 1973. Imej dan rekaan logo tersebut melalui beberapa perubahan sejak 1970an, tetapi paparan secara umum pada lambang tersebut dikekalkan.


Pada 1972, lambang Manchester United hanya memaparkan gambar kapal, yang masih boleh dilihat hari ini. Namun, lambang tersebut yang kali terakhir dilihat pada 1972 masih dipaparkan dalam siaran TV Iran pada Selasa. Penjelasan mengenainya cukup mudah apabila simbol syaitan disekat di Iran dan ia turut membabitkan imej syaitan pada logo Manchester United. - Mirror UK








.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!