Friday, September 30, 2011

Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami


Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.


Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.
Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.




.

6 Penyokong CHELSEA:

normala_ali on September 30, 2011 at 7:17 PM said...

wah dh nikah. alhamdulillah.. (^_^)

Hirdayu Rahmat on September 30, 2011 at 7:55 PM said...

eeeee... kenape lah nabil buat irma gini. sedih kalau irma dengar ni...


btw, alhamdulillah. semoga berkekalan...

AINI CHE DIN on September 30, 2011 at 7:55 PM said...

alhamdulillah..moga bahagia hendaknya

✿Cik Suer✿ on September 30, 2011 at 8:51 PM said...

RM15000 macam skit je bgi artis popular.. hehehee.

btw, smoga bahagia hingga hujung nyawa.. :)

AyiLarimA on September 30, 2011 at 9:23 PM said...

alamdulillah, telah selamat mereka diijabkabulkan.
semoga kekal hingga akhirnya.
amin~

.........cP~ on September 30, 2011 at 11:02 PM said...

jodoh cuma Dia yang tahu.. sama tarikh dengan abang saya nih.. :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!