Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membatalkan hukuman 10 sebatan yang dikenakan ke atas seorang wanita kerana melanggar larangan memandu di negara ini, semalam.
Menerusi laman sosial Twitter, Puteri Amira al-Raweel yang merupakan isteri kepada Putera Alwaleed bin Talal menyatakan Raja Abdullah telah membatalkan hukuman tersebut.
"Syukur kerana hukuman sebatan terhadap Sheima (tertuduh) telah dibatalkan. Terima kasih kepada Raja Abdullah.
"Kami (kaum wanita) saling menyokong antara satu sama lain dan pembatalan hukuman tersebut menggembirakan semua wanita di negara ini," katanya.
Isnin lalu, Sheima Jastanian dijatuhkan hukuman sebat oleh mahkamah Jeddah selepas ditahan sedang memandu pada Julai lalu.
Hukuman tersebut dijatuhkan sehari selepas Raja Abdullah mengumumkan kaum wanita dibenarkan keluar mengundi dan menyertai pencalonan pilihan raya termasuk Majlis Syura (perundingan).
Sebelum ini, Amnesty International mengecam hukuman tersebut dengan menyifatkannya sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita.
"Hukuman rotan adalah hukuman yang kejam dalam apa jua keadaan dan dikenakan ke atas seorang wanita kerana memandu adalah tidak masuk akal.
"Larangan memandu yang dikenakan terhadap kaum wanita dilihat sebagai menyekat kebebasan dan hak mereka di dalam negara sendiri," kata jurucakapnya, Philip Luther.
P/S - Bayangkan kalau kat malaysia ni wanita pun tak boleh memandu....
.
3 Penyokong CHELSEA:
Ai takkanlah memandu pun slah..
haigoooo
abisla sume pompuan dok umah jeklah
huuuuu
ehehehe.. tak masuk akal langsung.. jadi kalau suaminya sakit, siapa yang nak tolong drive kan kereta ke hospital..
Post a Comment