Lagi satu karya Acik Lana telah lulu baca dan miliki. Sebelum ini 'Kalau Memang Harus Begitu' dan novel yang satu ini juga tidak mengecewakan. Untuk info, Acik Lana sudah menghasilkan beberapa novel dan ini adalah novel terbarunya.
Kerana terambil sebuah diari milik Tengku Qalif secara tak sengaja, Imanina terpesona dengan perwatakan sebenar lelaki itu yang sangat berbeza ketika berdepan dengannya. Tengku Qalif adalah seorang lelaki yang jelas kehilangan semangat untuk hidup akibat kehilangan wanita yang paling dicintainya. Mula berputus asa dengan keadaan anaknya, mama Qalif mengadu dengan Umi Imanina, dan Umi Imanina cadangkan agar Qalif dikahwinkan saja, untuk mengubati kekosongan dan rasa kehilangan yang dideritainya. Dan Imanina sanggup mengisi kekosongan itu. Keputusan itu membangkitkan amarah dari Tengku Qalif. Baginya arwah Liyana merupakan satu-satunya wanita yang dicintai. Tak mungkin akan beralih kepada orang lain.
Akibat terlalu marah, dan lagi apabila Imanina mencabarnya, Tengku Qalif akur menjadi suami Imanina. Bermulalah kehidupan sebagai suami isteri yang sangat perit bagi mereka berdua. Dalam sabar dan demi cintanya buat suami, Imanina tabah menghadapi layanan buruk dan dingin dari Tengku Qalif. Kehadiran beberapa orang lelaki yang tertarik kepada Imanina, dan beberapa kejadian yang tidak disangka, menjadikan Tengku Qalif mula menyayangi Imanina. Qalif yang dingin, mula menjadi mesra dan romantik.
Namun pada suatu ketika, apa yang pernah menimpa Tengku Qalif, benar-benar terjadi kepada Imanina. Dia kehilangan suami yang sangat dicintainya ketika dia baru saja mengetahui dia hamil. Dan keadaan itu menjadikan Imanina persis keadaan Tengku Qalif suatu ketika dulu. Namun cintanya tetap utuh buat lelaki itu......
Tajuk : Pelangi cinta buat suamiPenulis : Acik LanaHalaman : 823 muka suratHarga : RM30/RM33
P/S - Fully recommended by Lulu Caldina
"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PENULIS, ACIK LANA DAN SUAMI, YANG BARU SAJA MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN MEREKA"
.
10 Penyokong CHELSEA:
Cerita ni mmg best, rasanya ni karya terbaik acik setakat ni, sapa sangka konflik dia mcm tu, mmg lari dari kebiasaan
cerita ni memang best sangat-sangat..tanpa sedar mengalirkan air mata juga..FULLY RECOMMENDED juga!! Harus di miliki!
Dah baca. Memang best.
Hi, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.
@Tina Othman yelah kak Tin, cerita ni memberi kelainan tersendiri dan menarik untuk dibaca berulang kali
@RamRamCute yelah kan kak, acik lana berjaya membawa pembaca menyelami cerita ini sampai mengalir air mata.. sobss..
@Fiza Rahman kan :)
As-Salam. Rasanya wife belum ada lagi buku ni. Dia selalu beli online kat KakiNovel, pastu swap dengan adik ipar yang dok putrajaya.
RAsanya mungkin dia nak kot, nak carilah .. nak bagi birthday present, lihat banyak komen memberangsakan tu.
boleh cari kat kedai uncle pertama kompleks ni..:)
Best ek?
Nak kena cari ni....
TQ Lulu
Post a Comment