Tuesday, September 22, 2015

CINTA PALING AGUNG - UMIE NADZIMAH



CINTA PALING AGUNG - UMIE NADZIMAH -Novel ini telah diadaptasi ke filem hebat lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha yang mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna. Malangnya perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin dilanda masalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita ayu bernama Dewi (Zaskya) dan penampilan Dewi yang menutup aurat begitu menarik hati Khairi. Kerana Dewi, Khairi sanggup buat keputusan untuk menceraikan isterinya, dan mengahwini Dewi. Amyza yang terkejut dnegan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju, namun dia kemudia telah menetapkan syarat, dengan harapan Khairi akan mengubah keputusan itu.

Sungguh pun berat untuk Khairi, namun dia terpaksa bersetuju, apatah lagi ianya untuk kebaikan Hanna. Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu, selepas mengetahui Khairi masih merupakan suami orang. Dalam usaha memulihkan hubungan mereka, ternyata ianya membuatkan cahaya kembali hadir didalam perkahwinan itu. Khairi akhirnya sedar, dia rupanya lebih memerlukan Amyza.. Namun sempatkah dia meluah perasaan, selepas satu insiden mengejutkan??  


Tajuk : Cinta Paling Agung
Penulis " Umie Nadzimah
 Halaman : 549 muka surat
Harga : RM25/RM28





  .

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!