Monday, October 5, 2015

CINTA YANG TAK TERUNGKAP - PUTERI NOR



CINTA YANG TAK TERUNGKAP - PUTERI NOR | Pada mulanya membaca novel ini, agak keliru juga bila penulis menggunakan ramai watak. Tapi siyes, novel ni memang best sangat. Tak terasa pula nak habiskan novel setebal ini. Mengisahkan mengenai Sofie Hany yang menyimpan perasaan cinta dengan Iqbal sejak dari kecil, namun menyimpan rasa cinta itu dalam diam sejak sekian lama. Namun ketika dewasa, Sofie Hany membawa diri England dan menyambung pelajaran disana sebaik keluarga cuba mengatur jodohnya. Di England, Sofie Hany berkawan baik dengan Emry seorang jejaka dari Singapura yang sangat gentleman, dan sahabatnya, Ajmal seorang askar simpanan pakar yang digelarnya lelaki barbarian.

Dalam diam Emry menyimpan perasaan cinta dan tanpa disedari, seluruh jiwa dan raganya mulai berkisar hanya pada Sofie Hany. Kemunculan semula Iqbal membuatkan Sofie Hany benar-benar dalam dilema. Namun selepas Iqbal meluah perasaan padanya, hati Sofie Hany berat menerimanya. Dalam satu kejadian tak terduga, Sofie Hany terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai dan ianya berlaku tanpa pengetahuan keluarga di Malaysia. Benar, perkahwinan tanpa cinta itu agak berliku namun sikap Sofie Hany yang sukar mengungkap kata cinta, menambah lagi cabaran hubungannya dengan suami.. Mampukah perkahwinan itu berakhir dengan rasa cinta dan bahagia hingga ke akhirnya??



Tajuk : Cinta Yang Tak Terungkap
 Penulis : Puteri Nor
Halaman : 963 muka surat
Harga : RM35/RM38





P/S - Recommended By Lulu Caldina  





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!