Tuesday, February 16, 2016

Yang Terunggul The One - Melur Jelita


Yang Terunggul The One - Melur Jelita | Kesinambungan daripada kisah The Unsung Hero, novel hasil tulisan kak Melur Jelita sekali lagi tak menghampakan. Kepada sesiapa yang telah membaca novel The Unsung Hero mesti korang sedar ada banyak kisah yang tak habis penceritaannya, gantunglah macam tu. Tertanya-tanya dan setiap persoalan tu akhirnya terjawab dalam novel terbaru ni, Yang Terunggul The One. Kisah yang mengangkat kasih sayang dan cinta tiada berbelah bahagi dari seorang lelaki berhati waja, Irvan khusus buat isteri tersayang.. Namun malangnya Maryam menyintai lelaki lain, Riyaz yang disangka telah pun meninggal dunia.

Kehadiran semula Riyaz yang ternyata masih hidup membuatkan Maryam merasakan dirinya tertipu dan nekad melakukan apa sahaja untuk Irvan 'melepaskannya' dan kembali kepangkuan Riyaz yang takpa segan silu memujuk rayunya.. Irvan yang tabah sehinggalah kelahiran Chahaya ditatang bagai minyak yang penuh walaupun Maryam semakin jauh daripada mereka. Sebuah kisah yang meruntun hati, dan nak cerita panjang takkan sama dengan baca sendiri hehe.. Sila dapatkan okey, memang takkan mengecewakan.. Sebuah novel yang mengangkat kisah dan perjuangan VAT69 yang merupakan Unsung Hero, wira tak didendang..  




Tajuk : Yang Terunggul The One
Penulis : Melur Jelita
Halaman : 1211 muka surat
Harga : RM40/RM43




P/S : Fully Recommended by Lulu Caldina




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!