Wednesday, February 24, 2016

MARGASATWA II - SAIDEE NOR AZAM



MARGASATWA II - SAIDEE NOR AZAM  |  Selepas memiliki dan baca novel pertama Margasatwa, lulu memang suka sangat jalan cerita yang ditulis penulis ini. Dan haruslah lulu memiliki novel kesinambungan ini pula. Masih berkisah mengenai Margas lelaki yang menjadi makhluk menyeramkan kerana sumpah dan perjanjiannya dengan setan iblis, Namtar. Margas ditangkap oleh seseorang yang kemudian dibawa ke Kuala Lumpur dan dikaji oleh Profesor Razali yang kemudian menjadikan seorang pemuda lain juga memiliki sifat ganas, menggerunkan dan tenaga yang luar biasa umpama margas.

Namun keselamatan Adi Putra dan anak tunggalnya, Saif kini menjadi taruhan selepas kehadiran Namtar yang masih punya dendam yang inginkan menghancurkan seluruh keturunan Tamrin yang masih hidup. Bagi Tamrin, satu-satunya senjata yang mampu menundukkan dia hanyalah ganjaeras, keris pusaka yang selamat dalam simpanan Adi Putra. Dan satu-satunya cara untuk memulih dan menghapuskan sumpahan keatas margas hanyalah dengan kematian Namtar. Dan berjayakah kali ini Namtar yang durjana itu dihapuskan??  



Tajuk : Margasatwa II
Penulis : Saidee Nor Azam
 Halaman : 627 muka surat
Harga : RM27/RM30




P/S - Recommended By Lulu Caldina





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!