Wednesday, February 24, 2016

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU - ANJELL

   
TUNDUKKAN PLAYBOY ITU - ANJELL | Jejaka kacak bernama Harraz Naufal ni memang agak playboy. Dan pilihannya haruslah merupakan wanita yang cantik dan seksi, tidak yang bertudung. Ketika sesi temuduga Nurin Areesa yang hadir berpakaian muslimah dan bertudung dan diminta Harraz buka tudung sebagai syarat berkerja di syarikat itu. SUdah tentu Nurin tolak, dan dengan selamba Nurin doakan suatu hari nanti Harraz akan jatuh cinta dan kahwin dengan perempuan yang bertudung. Memang makbul doa Nurin, hehe nampaknya Harraz jatuh hati dan terpaut dengan seorang model yang hanya menampakkan mata di satu pertunjukkan fesyen.

Hanya kerana mata, Harraz sampai termimpi dan terbayang-bayang, sehinggakan Harraz nak sangat tahu siapakah gerangan wanita misteri itu. Kerana kejadian itu citarasa Harraz nampaknya sudah mulai berubah. Namun perjalanan hidup Harraz teruji selepas dia ditangkap khalwat. Dia mula sedar betapa terpesongnya dia selama ini selepas kejadian itu. Masih adakah ruang bahagia buatnya selepas itu??  



Tajuk : Tundukkan Playboy Itu
Penulis : Anjell
 Halaman : 734 muka surat
Harga : Rm29/RM32




 .

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!