Thursday, April 28, 2016

TIKA ITU... INAI MASIH MERAH - APRIL SNOW




TIKA ITU... INAI MASIH MERAH - APRIL SNOW | Saling mencintai dan sayang menyayangi antara satu sama lain rupanya tidak cukup untuk menjamin perkahwinan yang dibina berpanjangan dan bahagia. Kerana berbeza taraf dan latar belakang, bonda Haniff sampai hati menabur fitnah keji sehingga menyebabkan Haniff tanpa usul periksa menjatuhkan talak keatas Hannan. Sungguh ketika itu Hannan terlalu kecewa namun kehadiran anak yang dikandungnya menguatkan semangat Hannan untuk terus menempuh hidup bersendirian. Tanpa diduga, mereka dipertemukan semula dan Haniff memang terkejut besar dengan kehadiran anak kandungnya sendiri, Abid yang sama sekali tidak diketahui kehadirannya.

Bagi Haniff, besar harapannya agar Hannan memaafkan kisah silam dan kembali menjadi isterinya agar mereka sama-sama membesarkan Abid. Tapi hati Hannan sudah ada pemiliknya, Izz Arman yang sangat memahami dan menyintainya. Perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan disebabkan Abid hanya mahukan Hannan mengahwini Haniff, papanya. Izz mengalah dengan kehendak Abid, namun bersetujukah Hannan untuk kembali menjadi isteri Haniff demi kemahuan si anak? Bagaimana pula dengan bonda Haniff? Adakah dia masih tidak bersetuju Hannan menjadi menantunya??  



Tajuk : Tika itu... Inai masih merah
Penulis : April Snow
Halaman : 704 muka surat
Harga : RM28/RM31




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!