Tuesday, May 3, 2016

SALJU KYOTO - SARA AISHA

   
SALJU KYOTO - SARA AISHA | Menariknya membaca novel terbaru penulis Sara Aisha ini. Novel mengisahkan mengenai perjalanan Nailah Farafisha ke Kyoto, Jepun untuk memenuhi permintaan Mak Cik Kasmah yang mahu menjejaki anak lelakinya, Badri yang hilang disana. Merasa asing disana, Nailah tanpa disedari terlibat dengan konflik dunia yakuza yang penuh misteri. Pertemuannya dengan lelaki misteri bernama Arjuna Kaede membuatkan hidupnya mulai berubah corak. Dia jadi wanita yang berani dan tabah.

 Arjuna Kaede punya identiti yang misteri, muncul umpama samurai dalam satu persalinan kimono hitam dan sebilah pedang. Ketangkasannya bertempur mengagumkan Nailah. Demi menyelamatkan nyawanya, dia rela menjadi isteri Arjuna walaupun nyawanya sentiasa menjadi taruhan. Setiap hari dilalui dengan perasaan yang berdebar dan bersiap dengan apa saja kemungkinan. Pantang maut sebelum ajal, Nailah tetap teguh dan berani mendampingi suaminya sehinggalah beberapa kejadian yang hampir meragut nyawa Arjuna Kaede. Mampukah mereka kekal selamat dan menghindari segala bahaya demi kebahagiaan yang abadi??  



Tajuk : Salju Kyoto
Penulis : Sara Aisha
 Halaman : 749 muka surat
Harga : RM29/RM32




P/S : Fully Recommended By Lulu Caldina





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!