Thursday, May 19, 2016

BIDADARI - HANNAH DHANIYAH



BIDADARI - HANNAH DHANIYAH | Novel mengisahkan mengenai Hanis yang dibesarkan oleh keluarga susuan. Namun begitu kasih sayang dari keluarga ini tidak pernah berbelah bagi dan Hanis bahagia sangat-sangat. Menyimpan perasaan dengan si dia, Aiman sejak di Universiti namun berundur sedari sedar diri yang serba kekurangan dek kerana latar belakangnya jika dibandingkan dengan Aiman yang lahir dalam keluarga yang dihormati. Tapi siapa sangka, dia dilamar Aiman, yang telus menyintainya dan mereka disatukan dengan restu dari kedua belah pihak.

Kebahagiaan yang dikecapi rupa-rupanya hanyalah seketika selepas Aiman dan bayi yang dikandungnya meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis. Tersentak dengan kehilangan besar itu, Hanis hilang keyakinan diri dan nyaris bunuh diri. Kehidupan bahagia direntap sekelip mata. Belajar pulih dari kehilangan dan cuba kembali meraih keyakinan diri, Hanis dilamar 2 lelaki.. Tapi kasih sayang dan cintanya masih utuh buat Aiman..  



Tajuk : Bidadari
Penulis : Hannah Dhaniyah
Halaman : 586 muka surat
Harga : RM25/RM28




P/S - Recommended By Lulu Caldina





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!