Thursday, May 12, 2016

PUJAAN HATI KANDA - AULIA IMAN

  

PUJAAN HATI KANDA - AULIA IMAN | Hari pernikahan Danny dan calon isterinya, Nadine jadi berantakan disebabkan hadiah yang tidak terduga muncul dihari itu. Nadine enggan meneruskan pernikahan itu disebabkan kehadiran 'bayi' yang dikatakan anak luar nikah Danny. Dengan tanggungjawab menjadi seorang bapa segera, Danny akur mencari pengasuh buat sikecil, Rara. Danny bertemu dengan Tiara dan sahabatnya Reena yang merupakan pelajar universiti dan sedang terdesak mencari wang untuk menampung pembelajaran dan kehidupan mereka sebagai pelajar. Danny mengupah mereka dengan gaji yang besar dan hasilnya, Rara dijaga dengan elok oleh mereka.

Kehadiran seorang lelaki, Pali yang merupakan kenalan abang Tiara meletakkan keadaan mereka agak sukar kerana Pali yang menaruh hati pada Tiara mulai menuduh yang bukan-bukan. Sehinggalah Tiara tamat pengajian dan merancang untuk pulang ke kampung membuatkan Danny tiada pilihan untuk mengaku dirinya seorang duda kematian isteri demi meraih simpati keluarga Tiara untuk terus menjaga sikecil Rara. Perjalanan Danny untuk membongkar misteri identiti Rara dan wanita yang melahirkan Rara membawa kepada penemuan wanita yang sedang koma di hospital, Fatimah. Berjayakah misteri itu dibongkar dan mampukah Danny mengecapi bahagia selepas semua ini terjawab??  



Tajuk : Pujaan Hati Kanda
Penulis : Aulia Iman
Halaman : 678 muka surat
Harga : RM27/RM30




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!