Friday, February 17, 2017

BUKAN TEMAN PENGGANTI - HANIS AZLA


Bukan Teman Pengganti - Hanis Azla | Alhamdulillah.. Lulu berjaya habis baca novel ketiga kak Fea ni 2x dalam masa 3 hari, fuhhh, sampai sekarang memang susah nak move on. Dan sebenarnya agak tertekan juga nak menulis review ni dek kerana bimbang tulisan lulu ni tak seindah kisah dalam novel ini sendiri. Untuk info bersama, ini adalah novel ketiga kak Fea yang mana sebelum ni lulu memang ada pernah buat review juga. Bolehlah terus ke pautan link review dibawah untuk semakan..

NOVEL PERTAMA : TAKDIR FITRAH TERINDAH

NOVEL KEDUA : DIA SAYANG AKU

Kisah cinta Naura dan Khalif yang indah bagaikan mimpi. Dalam tempoh perkenalan yang singkat, Naura menjadi isteri kepada Khalif yang begitu menawan hati. Kehidupan bahagia yang dirasai diragut sekelip mata selepas Khalif tiba-tiba diserang penyakit misteri dan meninggal dunia. Seketika, Naura bagaikan terleka setiap kali melihat si adik ipar, Izran yang miliki rupa tidak saling tumpah dengan suami tercinta. Masa terus berlalu, dan walaupun masih terasa kehilangan, Izran mula bersungguh-sungguh cuba menawan hatinya. Sedaya upaya Naura cuba menolak dan kekal dengan impiannya untuk bersama Khalif sehingga ke syurga.

Seringkali akal fikirannya membandingkan arwah suami dan si bekas adik ipar, namun akhirnya kejadian demi kejadian malah membuatkan hati Naura mula memandang sisi berbeza Izran dan akhirnya bergelar isteri semula. Tapi bukan mudah untuk Naura melupakan Khalif. Bahagia yang diimpikan Izran nampak sukar dimiliki, namun untuk berputus asa, tidak sama sekali..   Sebuah novel yang sangat indah! Ketika membaca, lulu sedih sangat dengan nasib yang menimpa Khalif, namun selepas rasa kehilangan Naura itu, kisah ini kemudian beralih kepada tingkah dan peribadi Izran yang mencuit hati dan begitu memikat hehe. Dah baca 2x pun masih tak move on, masih terbayang lagi kisah dalam novel tu..  


Syabas Kak Fea, bagi lulu, jelas nampak peningkatan pada setiap novel kak Fea.. Baru saja dapat dan habis baca novel ni, dalam hati terus tertanya-tanya, sekarang kak Fea dah start tulis novel baru ke tak eh? ekeke... Lulu doakan satu hari nanti novel kak Fea diadaptasi pula ke drama.. aamin.. Kalau nak tau, penulis ni pun merupakan seorang blogger. Jom singgah blognya..  
 


Tajuk : Bukan Teman Pengganti

Penulis : Hanis Azla

Halaman : 614 muka surat

Harga : RM30/RM33





P/S : Sebuah novel yang harus ada dalam koleksi korang, Lulu recommended tau :D





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!