Monday, April 15, 2019

Tetamu majlis perkahwinan terkejut hidangan majlis kahwin ini 'terlalu istimewa'



Tetamu majlis perkahwinan terkejut hidangan majlis kahwin ini 'terlalu istimewa'   | TETAMU di sebuah majlis perkahwinan terkejut dengan hidangan yang disediakan. Semua tetamu yang hadi hanya dihidangkan dengan kepingan keju yang disusun rapi serta lobak merah yang telah dipotong bersama batang saderi, serta buah oren yang masih mempunyai pelekat. Malah mereka juga turut dihidangkan dengan brownie dihiasai dengan lemon yang kelihatan sedap tetapi tidak teratur. Seorang tetamu memuat naik beberapa keping gambar di Facebook dengan kasyen: "A wedding feast for your eyes."


 Ramai yang memberi komen berkaitan majlis ersebut. "Ia seperti hidangan ketika parti hari jadi anak kami yang berusia tiga tahun. Kecuali kami mempunyai pai dan strawberi. "Inilah yang berlaku apabila kamu meminta ahli keluarga untuk memasak pada hari perkahwinan." Manakalah salah seorang lagi berkata: "Amat menyedihkan. Ia kelihatan sepeti katerer membahagikan kerja - kos murah." -mirror.co.uk





.

Lelaki 50 tahun hampir putus 4 jari kerana main layang-layang ketika angin kencang


Lelaki 50 tahun hampir putus 4 jari kerana main layang-layang ketika angin kencang | ORANG kata, malang tak berbau. Begitulah yang berlaku terhadap seorang lelaki apabila empat jarinya terpotong sewaktu bermain layang-layang, baru-baru ini. Aktiviti suka-suka yang dilakukan lelaki berusia 50 tahun itu bertukar tragedi apabila angin kencang melanda. Menerusi imbasan X-ray, jarinya mengalami kecederaan teruk termasuklah di bahagian tapak tangan. Kejadian itu berlaku di bandar Nantong, China.

Akibat kejadian itu, mangsa yang enggan didedahkan identitinya terpaksa melalui pembedahan selama 16 jam. "Kami mula bermain layang-layang sewaktu cuaca mula berubah. "Saya tak dapat lepaskan tali layang-layang dari jari sewaktu ia berlaku," ujar mangsa. Pembedahan dilakukan pada 10 April lalu dan mangsa kini sedang dalam proses untuk pulih. - Mirror.




.

Saturday, April 13, 2019

Lelaki bunuh diri selepas tidak mampu bayar bil elektrik



Lelaki bunuh diri selepas tidak mampu bayar bil elektrik | SEORANG lelaki bertindak membunuh diri selepas tidak mampu untuk membayar bil elektrik. Menurut pendengaran inkues di Mahkamah Koroner Derby dan Derbyshire di United Kingdom, dia meninggalkan nota bunuh diri berbaur sindiran 'berterima kasih' kepada ketua agensi yang memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah. Brian Sycamore, 62, mengalami masalah untuk mendapat bantuan berkenaan. Adiknya, Henry Sycamore memberitahu inkuest pada Khamis bahawa kesukaran itu menjadi pencetus utama abangnya membunuh diri.

Menurut laporan Derbyshire Live, Brian ditemui mati dengan sejumlah pil yang banyak di meja tepi katil mangsa pada 30 September 2017. Pada pendengaran inkues itu juga, seorang anggota polis meninggalkan nota di dalam telefon Brian yang tidak berkunci. - Mirror UK




.

Ketahui 5 tips mudah penggunaan bedak asas agar tidak salah pilih dan sesuai dengan wajah



Ketahui 5 tips mudah penggunaan bedak asas agar tidak salah pilih dan sesuai dengan wajah | SETIAP individu memiliki tona dan warna kulit yang berbeza, maka penggunaan bedak asas boleh dianggap sebagai penyelamat bagi menyembunyikan ketidaksempurnaan pada kulit wajah seseorang. Namun, jangan salah pilih bedak asas kerana silap hari bulan, rupa paras anda nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jadi, bagaimanakah anda ingin memastikan bedak asas yang dipilih sesuai dengan kulit? Jurusolek popular, Dr Mukhlis Idris berkongsi tip memilih bedak asas buat pembaca mStar. "Kulit kita ni ada tiga jenis bayang warna (undertone) iaitu warm, cool dan neutral. "Untuk memilih bedak asas, anda haruslah mencalit bedak itu di rahang dan pilih warna yang paling mirip dengan tona kulit anda," katanya. Berikut adalah tip lain yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli bedak asas:

1. Bedak asas cerah untuk kulit berminyak Kata Dr Mukhlis, mereka yang memiliki kulit berminyak, gunakan bedak asas yang cerah sedikit kerana ia akan membuatkan kulit teroksida. Menurut jenama penjagaan wajah, Paula's Choice dari Amerika Syarikat pula, bedak asas teroksida membuatkan warna bedak tersebut berubah warna ketika dipakai, namun pengoksidaan sebenarnya tidak berlaku terlalu cepat. Ia juga boleh terjadi jika bedak asas disimpan di dalam botol lebih dari enam bulan selepas ia dibuka.

2. Bedak asas yang menghidratkan Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, gunakan bedak asas yang boleh menghidratkan kulit wajah anda. Jenama penjagaan anti-penuaan wajah, Perricone MD menggariskan kulit terhidrat membantu melambatkan tanda-tanda penuaan pada wajah dan kulit yang terlalu kering akan kelihatan mengelupas serta ketat. Jadi, bedak asas yang menghidratkan akan membuatkan kulit wajah sentiasa lembap dan nampak lebih lembut, berseri serta gebu.


 3. Jenis bedak asas mengikut keadaan kulit Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, pilih bedak asas jenis serbuk, manakala bagi mereka yang berkulit kering pula boleh menggunakan bedak asas jenis cecair atau krim.

4. Gunakan pelembap Tambah pelembap (moisturiser) kepada rejim kecantikan anda bagi mendapatkan liputan bedak asas yang sepenuhnya.

5. Ikut tertib Sebelum mula mengenakan solekan pada wajah, pastikan anda mengikut turutan yang betul. Gunakan bahan asas solekan daripada cecair dan diikuti dengan krim sebelum meletakkan bedak sebagai penyudah mekap.-Mstar





.

Wednesday, April 10, 2019

Artis undang kontroversi selepas bergambar bogel bersebelahan rangka mayat bapa



Artis undang kontroversi selepas bergambar bogel bersebelahan rangka mayat bapa | SEORANG artis di China mengundang kontroversi apabila bergambar secara bogel bersebelahan rangka mayat bapanya yang digali semula dari kubur. Siyuan Zhuji, 33, dari Beijing melakukan perbuatan itu untuk sebuah sesi fotografi. Dia memuat naik foto berkenaan ke laman web Artand dan Weibo pada Sabtu. Foto itu pantas menerima kecaman ramai yang menyifatkan pemuda itu tidak tahu malu dan biadab. Sesi fotografi itu berlangsung pada hujung Mac, lapor Beijing News.

Siyuan atau nama sebenarnya Si Lulu mendedahkan, di baru berusia tiga tahun sewaktu bapanya meninggal dunia akibat kanser hati. "Ia perasaan yang hebat. Ini yang paling dekat saya pernah bersama dengan ayah. "Saya meluahkan perasaan kepada dia dengan cara saya yang tersendiri. "Saya memang mahu berbogel kerana ia cara kita datang dan tinggalkan dunia ini," ujarnya. Selepas foto itu tular, akaun Siyuan di laman Weibo digantung serta merta. - Daily Mail.





.

Pelancong dedah pengalaman menginap di hotel empat bintang yang sangat mengecewakan



Pelancong dedah pengalaman menginap di hotel empat bintang yang sangat mengecewakan | SEORANG pelancong menginap di sebuah hotel 'empat bintang' hanya untuk dua jam sahaja selepas mendapati penginapan itu terlalu kotor dan berbahaya. Ahli perniagaan, Lee Parker tiba di sebuah hotel yang didaftar sebagai mewah di Tenerife bersama dengan anak perempuannya, namun percutian mereka terbantut. Parker,39, dari Beccles, Suffolk mengadu keadaan bilik hotel itu kepada ejen pelancongannya yang mengakui tersilap menempah gred hotel. Namun, timbul satu lagi masalah kepada Parker apabila terpaksa membayar caj tambahan sebanyak 1,200 paun (RM 6,426). Tiada pilihan lain, dia membayar caj itu dan akan meminta pampasan daripada ejen pelancongannya.

 Parker mengharapkan hotel empat bintang dengan pemandangan pantai dan kemeriahan di waktu malam ketika tripnya ke Tenerife ini, namun sebaliknya berlaku. Dia mengadu perkara tersebut di Facebooknya: "Kami mendapat bilik yang ditempah dan ia sangat menakutkan. Tidak mungkin di dunia ini kami berada di hotel 4 bintang itu, malah bukan juga 3 bintang!. "Keadaan bilik amat berbahaya dengan dawai elektrik berselerak, tandas kotor, dinding pecah, makanan amat meloyakan dan keseluruhannya bilik sangat kotor." -mirror.co.uk




.

Tuesday, April 9, 2019

Gadis dakwa bunuh dan makan alat sulit adik kandung dalam satu upacara pelik



Gadis dakwa bunuh dan makan alat sulit adik kandung dalam satu upacara pelik  | SEORANG gadis di Brazil didakwa menyeksa adik lelakinya yang berusia lima tahun sehingga mati. Lebih teruk, dia juga mengaku telah memotong dan makan kemaluan adiknya itu. Polis sedang menyiasat kemungkinan jenayah itu berkait dengan upacara sihir memandangkan mayat ditemui di lantai dalam keadaan dikelilingi beberapa lilin. Mayat Maycon ditemui oleh ibunya pada Khamis malam selepas seorang saudara mereka memecah masuk ke kediaman itu yang terletak di di Sao Roque, Brazil selatan. Suspek, Karina, 18, turut ditemui sedang berdiri di samping mayat kanak-kanak itu. Ujar detektif terlibat, mayat mangsa ditemui dengan kecederaan yang mengerikan.

Selain kepalanya dipenggal, matanya juga dicederakan manakalah bahagian kaki telah dibakar. Selain itu, alat sulit mangsa turut dipotong sebelum dimakan oleh suspek. Menurut polis, kejadian berlaku sewaktu ibu mereka keluar membeli-belah. Wanita itu terpaksa dipapah jiran selepas menemui anaknya dalam keadaan ngeri. Suspek dikatakan cuba meloloskan diri namun sempat dihalang oleh saudara-maranya.

Menurut polis lagi, Karina dikatakan memperdaya adiknya sebelum dia dilemaskan dengan bantal. Pihak forensik turut menemui telefon bimbit yang telah dibakar, berkemungkinan untuk memadam bukti. "Kami percaya telefon itu milik suspek, dia sengaja rosakkan untuk padam bukti kenalan dalam taliannya. "Kami sedang menyiasat jika dia terlibat dengan upcara pemujaan syaitan. Kami ingin tahu jika dia ada kaitan dengan kumpulan sdedemikian di laman sosialnya. "Dia juga akan melalui pemeriksaan untuk melihat jika dia berada di bawah pengaruh dadah atau sebagainya," ujar Detektif Goes. Karina kini ditempatkan di sel berasingan di Penjara Wanita Votorantim di Sao Paulo - Daily Star.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!