Saturday, September 25, 2010

Beckham tekad buru Irma



LOS ANGELES: David Beckham dilaporkan akan menyaman pelacur yang mengaitkan dirinya dengan bekas kapten pasukan England itu dengan tuntutan bernilai RM24.3 juta, lapor media semalam.

Rakan Beckham berkata, bintang bola sepak yang kini bermain untuk kelab LA Galaxy itu mengarahkan peguamnya ‘memburu’ Irma Nicci yang kini dipercayai menyembunyikan diri bagi mengelakkan writ saman diserahkan kepadanya.
Kata sumber itu, Beckham, 35, turut memberi kebebasan kepada panel guamannya di seluruh dunia untuk memikirkan cara menyeret wanita berdarah Bosnia itu ke mahkamah.

“Beckham menyediakan ‘cek kosong’ kepada peguam yang berjaya supaya mereka boleh menentukan berapa bayaran yang ingin dikenakan kepada pemain LA Galaxy itu,” katanya, semalam.

Tidak cukup dengan saman, panel guaman dilantik Beckham juga menuntut majalah In Touch yang menyiarkan dakwaan Irma supaya membuat permohonan maaf terbuka pada muka depan penerbitan berkenaan.

Melalui dakwaan Irma, 26, dalam majalah itu, pelacur yang dibesarkan di Britain itu mendakwa dia melayan nafsu buas Beckham beberapa kali di New York dan London di antara Ogos hingga September 2007.

IRMA...dipercayai bersembunyi bagi mengelak writ saman diserahkan kepadanya.


Kata Irma, selain dia dan Beckham, hubungan seks itu turut disertai seorang lagi pelacur.

Akhbar mendakwa, Irma menyembunyikan dirinya sebaik saja mendapat tahu Beckham dan isterinya, Victoria, bersatu untuk bertindak ke atasnya semalam.

Kata sumber itu, Beckham bersedia mencari Irma di mana saja di dunia ini.

“Pelacur itu menyangka dia boleh membuat cerita rekaan begitu dan terlepas daripada tindakan Beckham dan keluarganya,” katanya.

Rakan Beckham itu berkata, perancang kelab LA Galaxy itu mahu semua pihak - majalah, penerbit dan Irma - bertanggungjawab atas laporan berkenaan.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!