Thursday, November 4, 2010

Pemandu teksi mogok

BAWA BINCANG...anggota polis berunding dengan pemandu teksi yang mogok, semalam.

Lebih 100 pemandu teksi melancarkan mogok di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), sebagai tindakan membantah sistem perkhidmatan teksi baru yang digunakan pihak pengurusan menara itu, petang semalam. Dalam perhimpunan aman kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, semua pemandu teksi terbabit enggan mengambil penumpang berikutan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan memulakan sistem baru iaitu setiap teksi yang ingin mengambil penumpang di kawasan itu perlu memakai pelekat khas yang perlu dibayar RM50 sebulan dan penumpang juga dikenakan bayaran RM2 jika menggunakan khidmat teksi berkenaan.

Pemandu teksi, Zakaria Abdullah, 35, berkata perhimpunan secara aman itu adalah susulan daripada perhimpunan pertama minggu lalu selepas pihak KLCC bersetuju mempertimbangkan bantahan mereka mengenai sistem baru itu. Katanya, mereka nekad berkumpul kali kedua apabila tiada kata putus daripada pengurusan selepas seminggu berlalu dan keadaan itu semakin membebankan mereka.
“Kami tidak puas hati dengan sistem baru yang dilaksanakan bermula 25 Oktober lalu. Sebelum ini, kami bebas mengambil penumpang tanpa sebarang halangan, tetapi kini mana-mana teksi yang tidak berdaftar dengan syarikat yang mengendalikan sistem teksi baru ini tidak dibenarkan masuk.

“Apa tujuannya bayaran RM50 sebulan bagi pelekat dan kenapa penumpang harus membayar wang RM2. Penumpang sering merungut mengenai bayaran itu dan mereka ingatkan kami yang mengenakan bayaran itu,” katanya.

Zakaria berharap pihak KLCC membatalkan sistem baru itu dan membenarkan semua teksi beroperasi di pusat tumpuan pelancong berkenaan seperti dulu tanpa sebarang halangan. Mereka semua bersurai kira-kira tiga jam kemudian selepas pihak pengurusan berjanji akan mempertimbangkan bantahan mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Awana Sutera Sdn Bhd, Datuk Sham Ismail Tom, yang mengendalikan sistem perkhidmatan baru di KLCC berkata, sistem berkenaan dibuat bagi tujuan menjaga kepentingan semua pihak terutamanya penumpang.

Menurutnya, sistem berkenaan mendapat sokongan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).


P/S - Hari tu masa naik teksi, ada gak kakak driver teksi tu mengadu hal ni..termasuk betapa sukarnya kehidupan sbg pemandu teksi..Nanti lulu post eh..





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!