DUNIA perfileman Hollywood baru-baru ini gempar seketika apabila tersebar berita melalui laman Twitter mengenai kematian aktor Morgan Freeman. Dikatakan berita tersebut telah disebarkan oleh pihak yang sangat dipercayai.
Sehinggakan Cable News Network (CNN) sempat menulis melalui berita terkininya di Twitter yang mengatakan aktor tersebut telah meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Burbank. Dengan sekejap sahaja, para peminat Morgan segera menyampaikan ucapan takziah mereka.
Bagaimanapun, salah seorang rakan baik aktor tersebut iaitu Peter Shankman terus memberitahu bahawa Morgan Freeman masih belum meninggal dunia. Ujarnya melalui Twitter juga: "Morgan Freeman masih lagi hidup sehingga kini dan tiada apa-apa yang berlaku kepadanya."
Menyedari kesilapan tersebut, CNN segera memadamkan berita palsu tersebut dan terus memberikan ralat bahawa apa yang dinyatakan oleh mereka sebelum ini adalah satu kesilapan yang sangat tidak disengajakan.
Sementara itu, kali terakhir aktor berusia 73 tahun itu berlakon adalah menerusi filem RED di samping Bruce Willis dan John Malkovich. Sehingga kini, dia masih lagi memegang kontrak untuk berlakon dalam empat buah filem lagi.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment