Saturday, October 9, 2010

Ahmad Idham Dapat Anak Lelaki


PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mendapat anak lelaki apabila isterinya yang mahu dikenali sebagai Amy, selamat melahirkan bayi berkenaan di Hospital Gleanigles Intan, Ampang, Selangor pada pukul 11 pagi, Rabu.

Beritahu Ahmad Idham, anaknya yang lahir dengan berat 3.5 kilogram itu diberi nama Ahmad Khalif. Dia bersyukur apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, isteri dan anak saya selamat. Isteri saya juga tidak ada sebarang masalah komplikasi ketika melahirkan Khalif.

"Apa-apa pun saya bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki kepada kami," katanya.



Tambah Ahmad Idham, dia tidak kisah jika dikurniakan anak lagi pada masa akan datang.

"Anak itu sebenarnya adalah amanah daripada Allah dan kita harus menerima seadanya. Jadi, saya tak pernah hadkan berapa jumlah anak yang perlu kami ada. Kalau ada rezeki lagi, ada la.






Bienda Masih Berahsia


PETALING JAYA: Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 25, masih ingin berahsia mengenai tarikh sebenar dia dan suaminya iaitu produser program Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman, dinikahkan.

Beritahu Bienda, dia merahsiakan tarikh pernikahan dan lokasi majlis akad nikah kerana memenuhi permintaan keluarga memandangkan majlis itu dibuat secara tertutup.

"Maaf kerana terpaksa merahsiakan pernikahan kami. Ini adalah untuk menjaga hati keluarga bagi kedua-dua belah pihak.


"Saya juga mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakannya daripada pihak media dan peminat. Saya mahu sedikit ruangan privasi pada majlis bersejarah itu.

"Lagipun, saya bukannya berkahwin dengan suami orang, sebaliknya saya berkahwin dengan orang bujang," katanya selepas persandingan mereka bertemakan Arab dan Bollywood di Ideal Convention Centre, Selayang, Jumaat.


Bagaimanapun, Bienda berkongsi matlumat lain mengenai majlis pernikahannya dimana Kamarul atau dengan panggilan nama Boy sah bergelar suami kepada Bienda selepas dua kali lafaz dengan mas kahwin RM80.
Bienda turut menerima wang hantaran sejumlah RM11,111.11 daripada pihak lelaki.
Pada majlis bersejarah itu, pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.


"Setelah berkawan dengan Boy lebih dari tiga tahun, saya bersyukur dan gembira kerana sudah lama saya menantikan detik indah bergelar isteri," ujarnya.

Bienda dan Boy yang tampak seperti merpati dua sejoli pada majlis itu berkata, mereka merancang untuk berbulan madu ke negara-negara Eropah pada awal tahun depan dan bersedia untuk memiliki anak pada bila-bila masa.

Bertanyakan mengenai perkenalan Bienda dan Boy, mereka bertemu di sebuah penggambaran drama dimana pada ketika itu Boy bekerja sebagai krew filem dengan Skop Productions.
"Boy dengan selambanya nak minta nombor telefon saya kononnya mahu berbincang mengenai produk penjagaan mata.


"Selepas dua minggu berkenalan, pada 15 April 2007, Boy melamar saya terus untuk dijadikan isteri dan bukannya kekasih. Nak ikutkan memang kami mahu kahwin secepat mungkin. Tapi bila terdapatnya beberapa perkara yang harus ditempuh, baru kinilah kami dapat merealisasikan impian kami," ujarnya.


P/S - Wah sama sepadan.. Semoga kekal berbahagia..





Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia dalam nahas


KOTA KINABALU 9 Okt. - Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di sini, pagi ini.

Edmund, 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini.

ANGGOTA polis dan orang awam mengangkat mayat Ahli Palimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang maut selepas motosikal besar yang ditunggangi berlanggar dengan sebuah kereta di Sembulan, dekat Kota Kinabalu, Sabah, 9 Okt

Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini.
Beliau merupakan Ahli Parlimen pertama di Batu Sapi selepas memenangi pilihan raya umum pada 2004 lalu.





Gadis yang paling famous ketika ini? (EGBB)

Ini adalah bannernya..Apa-apa pun banner contest ini adalah yang paling penting..





Seperti entry award sebelum ni, lulu pun mmg dah lama kena tag buat contest ni.. Terima kasih pada tuan punya penganjur contest ni.. Hiro.... Nak tahu mengenai contest ni detail, sila berkunjung ke blog beliau..
[klik sini] -wah blog beliau mmg best.. tarikh tutupnya adalah 31 oktober ni..sempat lagi ni..

ni copy paste dari sana..

Hadiah-hadiah:
1.Pertama : Duit RM50 atau di tukar kepada top up.
2.Kedua : Duit RM30 atau atau di tukar kepada top up.
3.Ketiga : Duit RM20 atau atau di tukar kepada top up.
4.Keempat: Duit RM10 atau atau di tukar kepada top up.
5.Kelima: Top up RM5.


Enty post ni [klik sini] merupakan post lulu yang mencapai pageview agak lumayan dari pembaca-pembaca lulu-pages ni.. So rasanya, lulu pertaruhkan entry ni je for this contest.. (psttt..hiro, bagi lulu menang yer..)


Gadis yang paling famous ketika ini?

Elly Tran Ha adalah salah seorang gadis paling Hot di Asia yang berasal dari Vietnam. Gambar-gambar hot dan seksi di Blognya, menjadikan gadis ini yang cukup popular di Vietnam. Bahkan di Asia. Elly Tran mempunyai penampilan fiziknya yang sempurna, mulai wajahnya sehingga ke lekuk tubuhnya.


Elly Tran Ha (otherwise known as elly kim hong, 阮金紅), is a pretty Vietnamese model who recently got famous on the Internet as her photos are circulated. She is 22 years old this year (2009) and is an American-borned-Vietnamese, who has recently moved back to Vietnam from the USA. She works as a part-time model while furthering her studies.

Profile

Real name: tran ha 阮金紅
Nick name: elly
Date of birth: 08-06-1987
Location: Ho Chi Minh, Vietnam
Height: 168cm
Weight: 47kg
Measures: 88 / 58 / 90
Blood type: A
Profession: Model



















































Ok..job done...so, skrg kena tag 3 orang.. So, lulu akan tag orang yang suka masuk contest...

  1. makbed
  2. kaio
  3. nini D

P/S - Encik Hiro, sila pilih saya sebagai pemenang.. mekasih..ngee..






Award very the class...


Award ni dah di suruh ambik 29 september lagi.. Tapi lulu tak tersempat-sempat nak ambik fuh fuh..sorry eh..

Award ni datangnya dari Encik matahari


Kenyataan Rasmi Perceraian Raja Azura



PETALING JAYA: Selepas beberapa hari melarikan diri daripada pihak media, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, (gambar) akhirnya mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.
Pengesahan itu diumumkan oleh Raja Azura sendiri dalam satu kenyataan rasmi menerusi kiriman emel, Jumaat.
Pengacara popular itu berkahwin dengan anak kepda bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4.
Berikut adalah petikan daripada kenyataan rasmi Raja Azura itu.

"Assalamualaikum wbt dan salah sejahtera.
Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab.
Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka.
Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya.
Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan.
Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.
Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama.
Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil. Saya akui menemui jalan buntu.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini.
Saya yakin masih ada peluang untuk memilih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.
Saya masih dalam tempoh edah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.
Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.
Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumaht angga.
Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.
Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul.
Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin.
Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumah tangga setelah kaedah membaiki diri dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula.
Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, "Tasrihun bi ihsan" yang bermaksud bercerai demi kebaikan.
Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga.
Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.
Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh edah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional.
Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperti nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini.
Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzmin meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza.
Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama. Doakanlah kami.
Yang benar, Raja Azura.



P/S - Details perceraian Raja Azura [klik]





Dia mempunyai 130 orang anak..

Ada bbrp entry post lulu sebelum ni yg berkisar mengenai pasangan yg berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan anak..Berbeza dengan seorang ibu berusia 55 tahun ini..


kaler biru purple saya punya



memang nostalgia............

Wanita tersilap gam mata


PHOENIX, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita terpaksa dirawat di sebuah hospital baru-baru ini selepas sebelah matanya melekat gara-gara dia menitikkan cecair gam kuat yang disangka ubat mata.
Stesen televisyen tempatan, KSAZ-TV melaporkan mangsa, Irmgard Holm yang berasal dari negeri Arizona pernah menjalani pembedahan membuang katarak setahun lalu.
Matanya melekat selepas Holm menyangka satu botol gam sebagai ubat matanya.
Dia kemudian terus menitis gam itu ke dalam matanya.
Wanita itu kemudian rasa sakit selepas menggunakan cecair gam tersebut menyebabkan dia sedar ada sesuatu yang tidak kena.
Menurutnya, dia tersilap kerana botol yang menyimpan gam dan ubat mata itu nampak hampir serupa.
Holm kemudian cuba membasuh matanya dengan air tetapi kelopak matanya tertutup rapat kerana kekuatan gam itu.
Petugas-petugas sebuah hospital terpaksa memotong lapisan gam tersebut sebelum beberapa doktor mencuci matanya untuk mengelakkan kerosakan.






Lembaga misteri di Gunung Tatra

Gambar menunjukkan imej menyeramkan seperti hantu (dalam bulatan) yang telah dirakamkan oleh seorang pendaki di lereng gunung Tatra, Zakopane, Poland.

ZAKOPANE, Poland - Seorang pendaki di Poland merakamkan gambar satu lembaga menyeramkan yang muncul dari dalam kabus di lereng gunung Tatra di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Lembaga seperti hantu yang dirakamkan menerusi kamera itu baru-baru ini dipercayai berpunca daripada ilusi optik yang dikenali sebagai Hantu Brocken.
Fenomena itu sering berlaku apabila matahari menyinar di belakang seseorang yang melihat ke dalam kabus di lereng gunung dengan bayangnya berada di hadapan.
Kepala lembaga itu pula kelihatan timbul dan dikelilingi beberapa lingkaran cahaya disebabkan oleh biasan.
Ilusi tersebut sering kali berlaku di lereng gunung berkabus atau pemandangan berkabus dari dalam pesawat.
Bayangan tersebut diberi nama Hantu Brocken kerana bayangan seumpama itu ditemui pada 1780 oleh seorang saintis, Johann Silberschlag di Brocken yang merupakan puncak tertinggi pergunungan Harz, di Jerman.
Pendaki-pendaki gunung sebelum ini memiliki kepercayaan karut bahawa sesiapa yang melihat Hantu Brocken akan mati pada keesokan harinya.





Papan iklan unik di London

DUA pejalan kaki melihat tiga wanita yang menyamar sebagai patung di papan iklan Johnson & Johnson di pusat beli-belah Westfield, London baru-baru ini.

LONDON - Para pengunjung sebuah pusat beli-belah di Britain kelmarin terkejut apabila melihat beberapa wanita menjadi model hidup di sebuah papan iklan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, papan iklan berkonsepkan seni timbul di pusat beli-belah Westfield, di sini menampilkan tiga model seksi yang menyamar menjadi patung, baru-baru ini.
Seorang model berambut perang duduk dalam keadaan separuh bogel di belakang segumpal awan dengan model kedua bergaya di belakang sebatang pokok.
Model ketiga yang berpakaian singkat duduk di atas buaian di tengah papan iklan tersebut. Mereka akan mengejutkan orang ramai dengan menggerakkan jari-jari kaki.
Trio berkenaan membantu kempen promosi losyen pelembap 24 jam Johnson & Johnson.





Wozniacki rampas ranking No-1


BEIJING: Pemain Denmark, Caroline Wozniacki akan menggantikan Serena Williams sebagai pemain No-1 dunia apabila ranking baru dikeluarkan Isnin ini.

Wozniacki, 20, akan menjadi warga Denmark pertama, lelaki atau wanita, untuk memegang kedudukan teratas itu selepas kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Petra Kvitova di Terbuka China di Beijing, kelmarin.


“Ini adalah langkah besar buat saya. Untuk menjadi pemain No. 1 sentiasa menjadi impian saya,” kata Wozniacki dalam satu temuramah di atas gelanggang di Pusat Tenis Beijing.
“Ia sesuatu yang sukar dipercayai.”

Wozniacki adalah pemain ke-20 mengungguli ranking sejak ia diperkenalkan pada 1975 dan yang ketiga pada dua tahun lalu melakukannya tanpa memenangi gelaran Grand Slam, mengikuti jejak langkah Dinara Safina dan Jelena Jankovic.





Terkini kes Datuk Sosilawati

Pertahan Jesyntha
 
KUALA LUMPUR: “Jesyntha adalah mangsa keadaan,” kata peguam kepada wanita paling dikehendaki polis, Jesyntha Clarene Isreal, 27, berhubung penahanan wanita itu kelmarin.
Peguamnya, M Manoharan ketika ditemui berkata, perkara ini perlu disiasat dengan lebih mendalam lagi tetapi buat masa ini, anak guamnya itu tiada kaitan dengan mana-mana suspek.
“Saya minta polis siasat,” katanya yang ditemui di Pusat Tahanan Sementara, Balai Polis Bukit Jalil, di sini, semalam.



Sebelum itu, Jesyntha direman enam hari hingga 13 Oktober ini selepas ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi, di sini petang kelmarin bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Shakib Ismail di sini semalam.

Mahkamah turut membenarkan Jesyntha dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selepas mengadu kurang sihat.

Sementara itu, polis mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman tiga suspek termasuk peguam adik-beradik berhubung kes ahli perniagaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini sehingga 13 Oktober ini.

Seorang daripada suspek itu adalah suspek utama dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Kelmarin, ketiga-tiga suspek terbabit ditahan semula di lokap Balai Polis Petaling bagi membantu kes kehilangan seorang kontraktor, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang bersama rakan niaganya, April lalu.

Dalam pada itu, lima lagi suspek ditangkap semula selepas tempoh tahanan reman mereka tamat semalam.

Perkara ini disahkan melalui satu kenyataan dikeluarkan dalam laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM).





'Dia bukan anak saya lagi'

KESAL...Chan (kiri) bersama Chong menunjukkan nota along dan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang bengang dengan tindakan anaknya yang tidak berubah perangai walaupun berhabis RM400,000 bagi membayar hutang along memutuskan hubungan keluarga dengan anak lelakinya itu kerana tidak mampu menanggung beban.

Chan Kwai Keong, 69, mendakwa sudah menjual rumah dan restoran selain wang simpanan habis selepas terpaksa menggunakannya demi membayar hutang anak lelakinya itu.

Beliau mendakwa anak sulungnya, David Chan, 34, mempunyai tabiat suka berhutang dan tidak mahu melunaskannya sehingga menjeratnya dan dua adiknya.

Beliau yang menetap di Jalan Klang Lama, di sini, terpaksa menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai pembancuh kopi selepas kehilangan restorannya yang diusahakan tujuh tahun lalu. “Saya tidak peduli lagi mengenai David. Kini, saya seolah-olah kais pagi makan pagi untuk mencari sesuap nasi selepas semua harta saya habis tergadai untuk membayar hutangnya,” katanya ketika sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Difahamkan, David tidak pulang ke rumah hampir dua minggu apabila sekumpulan along sering datang ke rumah mendesak membayar hutang RM30,000.

Kesal dengan tabiat anaknya itu, dia mendakwa tidak kisah walaupun anaknya dikurung along kerana enggan mempunyai apa-apa hubungan keluarga dengannya.

“Selasa lalu, sekumpulan along meninggalkan nota yang mendesak anak saya membayar hutang RM30,000. Jika gagal, mereka akan mengganggu kami sekeluarga. Selepas itu, rumah saya disimbah cat dan dibaling botol minuman keras,” katanya.

Beliau membuat laporan di balai polis berkenaan kerana bimbang keselamatan anak, menantu dan cucunya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menerima aduan sebanyak 228 kes membabitkan along pada tahun ini dengan tiga daripadanya sudah memutuskan hubungan kekeluargaan.



P/S - Moralnya, jgn berjudi..jgn menyusahkan orang tua..



Tragedi perkelahan di Kemasin

ANGGOTA pasukan Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Fadilah Aishah yang ditemui lemas di pantai Kemasin, Bachok semalam.

BACHOK - Perkelahan sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang daripada lima sekeluarga ditemui mati lemas manakala dua lagi hilang dalam kejadian di pantai Kemasin, dekat sini, petang semalam.
Mangsa, Fadilah Aishah Noordad, 11, ditemui oleh unit skuba Bomba dan Penyelamat Kelantan kira-kira pukul 5.52 petang.
Dua yang hilang ialah bapa mangsa, Noordad Mohammad, 51, yang hilang ketika cuba untuk menyelamatkan Fadilah Aishah dan seorang lagi anaknya, Mohd. Norhaziq Aiman, 6 tahun.
Sehingga pukul 7.30 malam semalam, kedua-duanya masih belum ditemui.
Ibu dan isteri mangsa, Zainab Awang, 37, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika mereka sekeluarga bersama saudara-mara datang ke pantai berkenaaan untuk berkelah.
Menurutnya, ketika kejadian, suaminya cuba untuk menyelamatkan Fadilah Aishah yang hanyut dibawa arus dan pada masa yang sama, Mohd. Norhaziq Aiman sudah pun tenggelam ekoran air sedang pasang.






 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!