Monday, November 1, 2010

Miss World 2010

Ini adalah himpunan gambar..
Harap maklum..
(ngee..serius gila.)
Tahun ni pertandingan ini dimenangi oleh peserta dari USA..
Alexandria Mills - 18 tahun..


Beberapa saat...

Koleksi gambar..
beberapa saat sebelum mati!
Wah.. ngeri bunyinya...
jom tengok..


All about nuffnang..

Setelah entry lepas, mengenai buffered earning, skrg lulu nak tanya satu lagi..
Hah nampak sangat tak tau pape..
Tolong eh, sesape yang tau..
leh explain dgn lulu..
TQ..


Entry khas - buat renungan kita semua..

Salam semua..
Ada hal nak cakap ni..
Penting sangat..
Harap-harap menjadi renungan dan pengajaran buat semua..
Tak ada sekarang bukan beerti tak ada buat selama-lamanya..
Hal ni akan pasti berlaku lagi..
Tapi besar sangat harapan semoga tak ada lagi..
Janganlah..
Boleh?
Boleh ke?

Puspakom periksa bas terbabit nahas di Genting Sempah

Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Gombak, Inspektor Ab. Raheem Eliyas (kiri) sedang memerhatikan kakitangan Pusapakom membuka tayar bas yang terlibat dengan tragedi kemalangan di Genting Sempah di IPD Gombak

Kejatuhan Rating Nona Bukan Punca Saya Seorang


Aktres popular Maya Karin menganggap kejatuhan rating rancangan Nona yang dikendalikannya selama setahun ini tidak hanya berpunca daripadanya sahaja.
Kata Maya, terdapat beberapa faktor lain yang menjadi punca rancangan berbentuk majalah itu kurang menjadi pilihan penonton.

"Kejatuhan rating rancangan Nona bukan disebabkan saya seorang sahaja, banyak faktor lain yang boleh menyebabkan sesebuah rancangan itu tidak mampu untuk mempertahankan rating.

"Bagi saya banyak aspek yang menjadi punca terutamanya dari segi pengisian rancangan tersebut. Sebuah rancangan yang berdurasi sejam, mereka seharusnya memikirkan isi kandungan yang mampu menarik penonton," katanya ketika ditemui di Majlis Doa Selamat Kru, di sini, Jumaat.
Tambah Maya, penonton tidak mungkin memberi perhatian dalam masa sejam hanya sekadar melihat pengacara semata-mata.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang reputasinya terjejas akibat dari kegagalan tersebut, Maya memberitahu dia tidak mahu berfikiran negatif tentang perkara tersebut.
"Ini bukan bidang utama saya, saya juga tidak mahu salahkan siapa-siapa dalam hal ini. Saya hanya mahu berfikiran positif, bagi saya semua perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.

"Apa pun saya berterima kasih kepada pihak TV3 kerana memberi peluang kepada saya untuk mengacarakan rancangan ini selama setahun dan mengucapkan semoga berjaya kepada Nona," ujarnya yang menyambut hari lahir ke 31, Jumaat lalu.

Menurut Maya, perkara ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang pengacaraan, dia juga bakal terlibat dalam sebuah program televisyen berkaitan alam sekitar.

Dalam pada itu, Maya turut mengulas tentang hubungan cintanya dengan pelakon kacak, Yusri Abdul Halim yang dikatakan terjalin semula.
"Ya, kami ada keluar bersama dan menonton wayang, tapi tidak bermakna kami bercinta. Saya dan Yusri sudah enam tahun berkawan baik, janggal rasanya untuk bercinta.

"Saya selesa dengan status sekarang, sudah lama rasanya saya dalam sebuah hubungan. Kini saya sedang lalui perkara baru dalam hibup dan fokus pada diri sendiri," ujarnya sambil tersenyum.
Maya juga sedang membuat persiapan bagi pementasan kedua teater Natrah pada November depan dan menimbang beberapa tawaran filem.





Ameng Dihukum Penjara 2 Bulan, Denda RM4,000


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spring, Ameng (gambar) atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 40, dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan pada April lalu.

Ameng juga diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan selama 3 tahun.
Ameng didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul, di sini, pukul 3.45 pagi, 2 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan melampaui munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Beliau turut menolak dakwaan Ameng bahawa kes dadah yang sedang dihadapinya merupakan konspirasi bekas isteri, Zaidah Awang atau A. Aida dan suaminya, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur kerana menyifatkannya sebagai tidak berasas.


Sulaiman adalah Ketua Bahagian Perhubungan Awam di IPK tersebut.
Zaki memberitahu, sekiranya Ameng gagal membayar denda tersebut, dia akan dikenakan hukuman empat bulan penjara.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias.

Bagaimanapun, Ameng dibenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu dengan syarat vokalis tersebut perlu memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar meminta mahkamah menaikkan ikat jamin sebanyak RM2,000 lagi dengan penjamin yang sama. Sebelum ini, Ameng diikat jamin dengan RM3,500 oleh isterinya.






5 korban kereta bertembung van







SETIU - Tiga beradik bersama seorang bayi yang dalam perjalanan pulang selepas membeli ikan di sebuah pantai dekat sini menemui ajal apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah van di Jalan Permaisuri-Penarik dekat Kampung Nyatuh di sini semalam.

Turut maut dalam kemalangan pada pukul 1.30 petang itu ialah seorang wanita warga emas, Mek Wook Yaakob, 76. Mek Wook merupakan salah seorang daripada 13 penumpang yang menaiki van yang terlibat dalam kemalangan itu.


Tiga adik-beradik lelaki malang yang terkorban ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazydyelwy Sidek, 32; Noorazry Elmy, 29; dan Noor Afzan Efizalman, 16.

Anak tunggal Noorazryelwy yang dibawa sama membeli ikan, Nor Amysha Maisarah, 1, turut terbunuh.
Kesemua mangsa berasal dari Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Besut dekat sini.
Tiga beradik itu maut di tempat kejadian manakala bayi itu pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Setiu.


Sebelum kemalangan, Noorazydyelwy yang juga kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan dua adiknya serta anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membeli ikan di Pantai Penarek.

Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian kereta yang dipandu mangsa gagal dikawal dipercayai akibat jalan licin ekoran hujan.
Ekoran itu, kereta itu terbabas ke kanan jalan sebelum ia bertembung dengan sebuah van membawa 13 penumpang dari arah Permaisuri menuju ke Kuala Terengganu.





Gara-gara lagu patriotik


LAGU-Lagu berunsur patriotik dan Roy bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Sejak tahun 1992 sehingga kini, penyanyi bersuara jantan itu sering menghiasi kaca TV mendendangkan lagu-lagu sedemikian.
Ketika itu lagu Sejahtera Malaysia memang cukup sinonim dengan penonton TV kerana ia bukan sahaja menjadi permulaan dan penutup RTM, malah kanak-kanak berusia empat tahun pun hafal lirik lagu berkenaan.
Kekerapan Roy atau nama sebenarnya Mohammed Rauzan Alwi, 46, menjadi pilihan menyanyikan lagu berkenaan membuatkan ada yang cemburu kehebatannya itu.
Betapa tidak, ketika itu apa juga lagu-lagu berunsur patriotik, penyanyinya mesti Roy.
Malaysiaku Gemilang, Perpaduan Teras Kejayaan, Wawasan 2020, Jaya Diri, Satu Malaysia dan banyak lagi, pilihannya tetap Roy.
Kelebihan ini walaupun dicemburui segelintir penyanyi lain namun ia mempunyai cerita tersendiri buat diri Roy.
"Sebagai penyanyi yang diberi keistimewaan menyanyikan lagu-lagu demikian saya rasa cukup bertuah. Tetapi di sebaliknya, saya terkilan dengan sikap mereka yang berfikiran sempit.
"Saya tidak pernah melabelkan diri saya sebagai penyanyi lagu-lagu patriotik tetapi disebabkan sering menyanyikan lagu-lagu begitu, peluang saya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni terhenti.
"Kontrak saya dengan syarikat rekod ditamatkan kerana mereka melabelkan saya sebagai penyanyi lagu-lagu patriotik dan album saya dikatakan tidak boleh dijual," cerita Roy ketika ditemui baru-baru ini.
Roy, bekas penuntut bidang kejuruteraan memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai artis rakaman Luncai Emas dengan album pertamanya bertajuk Roy Nekad.
Album yang diterbitkan pada tahun 1991 dengan lagu popular Diari Mimpi telah melonjakkan nama Roy sebagai penyanyi pujaan ketika itu.
Kejayaan album tersebut membuatkan Roy tidak menang tangan memenuhi undangan menyanyi apalagi setelah album keduanya diterbitkan dan diedarkan oleh EMI.
Album yang diterbitkan pada tahun 1993 dengan tajuk dan lagu hitsnya Kau Ratnaku yang diharapkan dapat meneruskan perjalanan seninya rupa-rupanya tidak banyak membantu.
Walaupun Kau Ratnaku sering diputar di corong radio dan berjaya mencuri hati para peminatnya namun ia tidak membantu daripada segi jualan.
Semuanya gara-gara ketika album keduanya diedarkan, Roy ketika itu sudah dicop sebagai penyanyi lagu patriotik!
"Apabila semua itu terjadi saya tidak menyesal cuma terkilan dan tertanya-tanya, salahkah saya menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotik?
"Bagi saya, apa yang saya lakukan sebagai sumbangan kepada negara. Walaupun ada yang melabelkan saya begitu tetapi saya bangga dapat memberikan sesuatu kepada negara.
"Betapa tidak ketika itu selain saya dipanggil Roy Ratnaku, kanak-kanak juga mengenali saya sebagai penyanyi Sejahtera Malaysia," luah Roy lagi.
Menurut Roy, walaupun kontraknya ditamatkan kerana albumnya didakwa tidak boleh dijual, Roy pernah juga mendapat undangan mengadakan dinner show di hotel.
Tertutup rapat
Ketika itu, tanpa disedari ada seorang promoter berketurunan Cina begitu tertarik dengan suara Roy dan menawarkan diri untuk mempromosikan Roy dalam apa juga dinner show yang dikendalikannya nanti.
"Tawaran lelaki itu begitu menyentuh hati saya kerana dia menghargai bakat saya. Namun saya menolak dengan alasan ia tidak semudah yang disangkakan sebab saya jelaskan padanya saya sudah dicop sebagai penyanyi lagu patriotik.
"Mulanya dia tidak percaya kerana dia menganggap saya cukup hebat. Tetapi setelah beberapa bulan dia mencuba, akhirnya dia datang berjumpa saya dan mengakui memang sukar memasarkan saya," kata Roy sambil ketawa.
Roy, akhirnya terpaksa menerima hakikat peluang untuknya menyanyi dalam mana-mana show sudah tertutup rapat kerana label yang diberikan kepadanya.
Demi memenuhi tuntutan hidup untuk menyara keluarga, suami kepada Haslinda Abdul Rahman, 45, dan ayah kepada Muhammad Ridhuan,22, Mohammad Rashiddan,16, dan Siti Aishah,13, Roy menjalankan perniagaan sendiri.
Di bawah syarikat miliknya Rauzan Enterprise, Roy menjalankan perniagaan di kantin Sekolah Kebangsaan Banting.
Bersandarkan suara jantannya, Roy juga dipilih menjadi penyanyi utama Orkestra Universiti Malaya dibawah pimpinan Prof. Dr. Naser sejak tiga tahun lalu.
Selalunya setiap kali ada show yang diterajui Orkestra Universiti Malaya , Roy akan menyumbangkan suaranya menyanyikan lagu-lagu klasik penyanyi terkenal antarabangsa antaranya Pavarotti selain lagu-lagu Bubble dan Bee Gees.
Bukan itu sahaja, malah Roy juga diberi kepercayaan menjadi pensyarah sambilan Koir Ko-Kurikulum di universiti berkenaan.
Roy juga diberi peluang membimbing koir Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia sebagai persediaan mereka menyertai satu pertandingan pada 21 Oktober lalu.
Roy yang pernah menjadi penyanyi kumpulan Lefthanded sebelum kumpulan itu muncul dengan album pertamanya bersama Nash, berkata;
"Walaupun kerana dilabelkan sebagai penyanyi lagu-lagu patriotik peluang untuk menjadi penyanyi tersekat, saya bangga kerana bakat dan kebolehan saya dihargai oleh pihak universiti.
"Tiada apa yang lebih membanggakan saya sebagai seorang penyanyi, apabila bakat dan kebolehan saya diterima oleh mereka."
Kini bukan sahaja syarikat rakaman tidak mahu menerbitkan album Roy, malah peluangnya untuk muncul dalam mana-mana rancangan hiburan terbitan stesyen TV juga tidak pernah ada.
Meskipun tidak dinafikan Roy masih ada peminat namun apalah daya Roy, hanya seorang penyanyi yang mempunyai bakat tetapi tidak dipandang sebelah mata oleh stesyen TV.
"Dalam usia saya hampir setengah abad, saya malas memikirkan itu semua. Bagi saya biarlah Allah SWT menentukan perjalanan hidup saya.
"Dengan tulang empat kerat yang ada, syarikat yang dikendali oleh saya dan isteri, insya-Allah saya mampu menampung keluarga dan amat bersyukur kerana masih ada yang menghargai bakat saya," kata Roy sambil tersenyum sinis.





Maut depan adik

Wanita tak sangka mangsa kakak, bapa saudara

KOTA KINABALU: Seorang wanita tidak menyangka dua mangsa maut dalam kemalangan jalan raya yang disaksikannya sendiri di Kilometer 11, Jalan Lintas Kota Kinabalu di sini, malam kelmarin adalah kakak dan bapa saudaranya.

Kakitangan kerajaan, Maria Chin, 35, berkata dia hanya menyedari mangsa adalah kakaknya, Elizabeth, 43, dan bapa saudaranya, Thmothy Chin Siew Min, 62, selepas dihubungi suami kakaknya.
“Ketika kejadian, saya dan beberapa anggota keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Kolombong, dekat sini, kira-kira jam 7.30 malam dan saya sempat memberhentikan kenderaan selepas melihat satu kemalangan.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka kemalangan itu membabitkan anggota keluarga dan saya meneruskan perjalanan pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di wad Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kini pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Perodua Kancil yang dipandu Elizabeth membuat pusingan U, sebelum sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang menghala ke Kota Kinabalu merempuh tepi kereta terbabit, menyebabkan kenderaan itu terbabas serta tercampak ke dalam parit.
Beliau berkata, Thmothy maut di tempat kejadian manakala Elizabeth meninggal dunia ketika menerima rawatan di QEH. Anak Maria, Gregory Arthur, cedera ringan.

“Kereta Toyota Avanza itu kemudian melanggar pembahagi jalan dan terhumban ke dalam parit di kanan bahu jalan, menyebabkan pemandu dan penumpang bahagian depan parah manakala dua lagi penumpang cedera ringan serta menerima rawatan pesakit luar di QEH.

Sofi berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota KInabalu di 088-310273.





Kudung kaki


"Saya sungguh sedih mengenangkan nasib diri yang kini cacat kerana sudah tidak mempunyai kedua-dua belah kaki.''
Demikian kesedihan yang menyelubungi diri Mohd. Adib Ramli, 20, salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran di Kilometer 36, Jalan Genting Sempah pada Khamis lalu.
Mengimbas tragedi itu, Mohd. Adib berkata, dia hanya menyedari kedua-dua belah kakinya tiada setelah tersedar daripada pengsan ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya, sebaik sedar dia melihat keadaan sekeliling dan tahu bahawa dia berada di hospital dengan separuh badannya ditutupi selimut.
"Saya kemudian terasa sakit pada kedua-dua belah kaki dan ketika itu terlintas di fikiran bahawa kesakitan yang dialami pada kaki agak pelik.
"Apabila saya buka selimut saya dapati kedua-dua belah kaki saya dari paras lutut ke bawah sudah tiada sebelum saya menangis kerana tidak dapat terima apa yang telah berlaku," katanya dalam nada sedih.
Mohd. Adib memberitahu, dia tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan menempuh kehidupan dalam keadaan cacat selepas ini.


P/S - Review kemalangan [klik sini]




Badan putus 2

Seorang penunggang motosikal maut dan badannya terputus dua dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 dekat Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR: Tubuh seorang penunggang motosikal terputus dua selepas digilis berpuluh kenderaan yang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan raya.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!