Tuesday, November 2, 2010

BANJIR TERBURUK SEJAK TAHUN 2005 DI KEDAH, PERLIS

Kini lebih 15,000 orang telah dipindah di Kedah dan 4,500 orang di Perlis


ALOR SETAR: Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak tahun 2005.
Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.


Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara, Ridwan Yahya memberitahu agensi berita nasional, BERNAMA, sebanyak 79 pusat penempatan mangsa banjir telah dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 31 di Kubang Pasu, 33 di Padang Terap, tujuh di Pokok Sena serta lapan di Kota Setar.
Sementara itu beliau berkata empat pusat di Padang Terap telah ditutup dan 166 penduduk daripada 42 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.


Antara kampung yang terbabit banjir di Kubang Pasu ialah, kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang, manakala bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 10.22 meter (paras bahaya 9.14m). Di Padang Terap antara yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.


Bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 20.94 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai iaitu Sungai Padang Sanai di paras 33.45m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 15.50m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.97 (paras bahaya 33m).

Tinjauan di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air yang datang dari daerah Padang Terap.


Sementara itu senarai jalan yang ditutup adalah seperti berikut: Daerah Kubang Pasu 1. Jalan Pauh - Changlun 2. Jalan Bukit Wang - Malau 3. Jalan Jitra - Kelubi 4. Jalan Jitra - Kodiang 5. Jalan Kampung Betung - Kampung Kanyau 6. Jalan Kampung Darat - Kampung Belihal 7. Jalan Jitra - Bukit Wang 8. Batu 4 Jalan Changlun - Kodiang 9. Km 28 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra)10. Km10.2 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Changlun). 11. Jalan Ulu Pauh - Changlun 12. Jalan Tanah Merah - Wang Tepuh.

Daerah Padang Terap: 1. Jalan Kuala Nerang - Padang Sanai 2. Simpang jelutung 3. Jalaan Semilang 4. Jalan Kampung Rambutan - Kuala Kajai 5. Jalan Kilang Gula Padang Terap - Kampung Pokka 6. Jalan Kampung Banggol - Padang Sanai 7. Jalan Kampung Padang Cenderai - Kampung Baru Ladang 8. Jalan Kampung Tanjung Kiri - Kampung Tanjung Kanan 9. Jalan Kampung Tualak 10. Jalan Kampung Kubu.


Sementara itu di Perlis lebih 4,500 orang telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata mereka dipindahkan ke 35 pusat pemindahan dengan 2,548 mangsa di kawasan Kangar, 1,154 di kawasan Padang Besar dan 834 di kawasan Arau.

Pasukan penyelamat masih mengesan mangsa-mangsa yang perlu dipindahkan untuk dibantu.Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut meninjau beberapa pusat pemindahan banjir hari ini.


Antara pusat pemindahan yang dilawati baginda berdua ialah Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup dan Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi.





Bunuh Along Spoon: Hukuman mati ke atas anggota polis kekal


PUTRAJAYA: Seorang anggota polis tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.
Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya''cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.

Abdull Hamid yang mengumumkan keputusan itu berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah apabila menerima maklumat daripada Mohamed Ya'cob mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan yang membawa kepada penemuan mayat Sabi'ul atau lebih dikenali sebagai Along, di KM 28, Jalan Kuala Klawang Genting Peras.

Selain maklumat mengikut Seksyen 27 itu, Abdull Hamid berkata, terdapat keterangan mengikut keadaan yang membawa kesimpulan bahawa Mohamed Ya'cob membunuh Along.

Beliau berkata, terdapat keterangan menunjukkan bahawa Mohamed Ya'cob adalah orang terakhir bersama dengan si mati, malah seorang saksi pendakwa Mohd Fadzil Mohd Yatim juga memberi keterangan bahawa beliau diminta oleh Mohamed Ya'cob untuk meninggalkan mereka (Ya'cob dan Along) di tempat di mana mayat Along ditemui kemudian.

Selain itu, kata beliau, terdapat keterangan bahawa Mohamed Ya'cob menyoal si mati berkali-kali dengan suara yang keras tentang hubungannya (Along) dengan isterinya (Ya'cob).

Mohamed Ya'cob, yang juga pengawal peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 dan ke-11 pada 1999, didakwa membunuh penyanyi berusia 19 tahun itu, di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada 1 pagi 26 Disember 1999.

Tertuduh

Along yang popular dengan lagu "Rindu Serindu-Rindunya" dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, pada 6 Januari 2000.

Pada 29 Ogos 2008, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Mohamed Ya'cob terhadap sabitan dan hukuman mati yang dihadapinya. Dalam keputusannya itu, Abdull Hamid tidak bersetuju dengan hujah peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamed Ya'cob bahawa anak guamnya tidak diberikan satu perbicaraan yang adil kerana hakim Mahkamah Tinggi mengambil kira-kira lima tahun dan lima bulan untuk menyediakan asas penghakimannya.

Abdull Hamid berkata, bukan semua kelewatan boleh membatalkan semua prosiding mahkamah.

Katanya, Mahkamah Tinggi telah memberikan keputusannya pada 10 April 2002, iaitu sebulan, empat hari selepas selesai mendengar perbicaraan kes itu, oleh itu, tidak boleh mengaitkan isu kelewatan dengan hak Mohamed Ya'cob untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Berdasarkan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan, Mohamed Ya'cob memberitahu Mohd Fadzil bahawa dia mensyaki isterinya ada hubungan dengan si mati.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.





Terbaru dan terkini hiburan sensasi..

ekeke...
Tajuk entry tak berapa kena dengan isi kandungan entry ini..
Read more adalah jawapan yang paling tepat..

Dah berminggu...
Tak juga selesai..
malah semakin parah..

Amazing Picture..

Humongous sinkhole opens up in Germany


A huge sinkhole appeared overnight in the central German town of Schmalkalden Monday, swallowing a parked car and a garage door but causing no injuries.

The circular hole, which is about 98 feet across and 65 feet deep, appeared at around 3a.m. in a residential area, reports Der Spiegel, forcing the evacuation of 25 people. Experts are pointing to natural causes for the hole, but they have yet to determine the exact cause.

Sinkholes are often caused by the underground erosion of salt beds or soluble sedimentary rocks, such as limestone or dolomite. Groundwater flows through these rocks, creating subterranean caverns that can suddenly collapse.

In the past year, large sinkholes have appeared in Guatemala City, Tampa, Fla., Quebec, and Milwaukee, Wisc.

Officials from Schmalkalden, a town of 20,000 that was formerly part of East Germany say that they plan to fill the hole with gravel.












































Mayat dalam beg dipercayai pembantu rumah


Seorang wanita warga asing yang ditemui dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, di Hulu Klang, Khamis lalu dipercayai bekerja sebagai pembantu rumah.
Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia 20-an itu bekerja sebagai pembantu rumah sebelum melarikan diri dari rumah majikannya.

“Polis berharap majikan yang kehilangan pembantu rumah tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.
“Sehingga hari ini (semalam), hanya lima keluarga sudah membuat pengecaman ke atas mayat wanita terbabit di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Namun, kelima-lima ahli keluarga itu mengesahkan mayat berkenaan bukan ahli keluarga mereka. Menurutnya, polis percaya wanita itu pembantu rumah yang melarikan diri dari rumah majikannya, namun masih berharap sesiapa yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.


P/S - Penemuan mayat dalam beg [klik sini]





Pengurus mati dibaham 3 singa


PORT ELIZABETH (Afrika Selatan): Tiga singa meratah seorang pengurus sebuah restoran selepas lelaki yang dipercayai mabuk itu cuba ‘bermain’ dengan haiwan berkenaan di taman hidupan liar di sini.
Jan-Friederick Bredenhand, 30, ditarik ke dalam kandang haiwan itu dan dibaham hingga mati di taman tempat dia bekerja, awal pagi semalam.

Kejadian itu berlaku di Addo Croc and Lion Ranch berhampiran bandar ini.
Polis mengesyaki mangsa mabuk ketika dia cuba ‘bermain’ dengan haiwan berkenaan selepas berparti semalaman. Pelancong Veluchia Hassim berkata, dia dikejutkan daripada tidur oleh suara jeritan pada jam 5 pagi. “Kami berlari ke kawasan perkhemahan. Ia sungguh dahsyat sekali. Apabila kami tiba di situ, seekor daripada singa itu sedang membaham rusuk Bredenhand,” kata Veluchia. Pemilik taman hidupan liar itu, Johnny Janse van Rensburg terpaksa menembak mati haiwan berkenaan selepas dua minggu mengambil alih resort itu supaya pihak polis dapat mengambil sisa-sisa mayat mangsa.


 Jurucakap taman itu, Gerda Swart berkata, Bredenhand dipercayai memanjat tiang di situ sebelum singa berkenaan menarik kaki dan mengheretnya hingga membawa kepada kematiannya yang amat mengerikan. “Dia memanjat pagar yang mengelilingi kandang itu dan berada terlalu dekat dengan haiwan berkenaan.” Dia mungkin tidak dapat berfikir dengan waras kerana dia mabuk tetapi tindakannya itu satu perbuatan yang sangat berbahaya dan bodoh,” ujar Gerda. “Orang yang bermain dengan haiwan seperti singa hanya mencari nahas dan dia menerimanya.” Menurut Gerda, seekor daripada singa berkenaan menarik Bredenhand ke dalam kurungan itu sebelum dua lagi singa menyerang dan menyiat tubuhnya. “Rakan Bredenhand menyaksikan semua yang berlaku tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu kerana dia begitu trauma dengan kejadian itu,” tambah Gerda. Rakan mangsa, Simon kemudian berlari untuk mendapatkan bantuan.


P/S - Dah cari gambar mangsa dibaham..Tapi tak de..agaknya terlalu ngeri eh..





21 gunung lagi dikhuatiri meletus


Indonesia gusar aktiviti seismik meningkat selain Merapi

YOGYAKARTA: Indonesia pada masa ini bukan saja memantau Merapi yang memuntahkan gas dan debu panas semalam tetapi juga 21 gunung berapi lain yang menunjukkan tanda-tanda semakin aktif termasuk Galunggung, Dempo, Sinabung dan Anak Krakatau.

Letusan baru itu dilaporkan ketika Indonesia turut bertungkus lumus menangani kesan tsunami dengan dua bencana itu mengorbankan hampir 500 penduduk menyebab-kan tentera turut membantu.

Merapi adalah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Letusannya menyebabkan 38 kematian sejak seminggu lalu. Lebih 69,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kaki gunung itu yang kini diselaputi debu.

Penduduk yang berada di khemah perlindungan sementara beberapa kilometer jauhnya turut lari mencari tempat lebih selamat selepas Merapi meletus lagi diikuti letupan kuat, kata Subrandrio, pegawai pemantau Merapi.

Gunung itu banyak kali meletus sejak dua abad lalu. Pada 1994, 60 orang maut manakala 1,300 terbunuh dalam letusan pada 1930 yang memusnahkan lebih 24 kampung.

Kerajaan juga meningkatkan tahap berjaga-jaga membabitkan 21 gunung berapi lain yang menunjukkan peningkatan aktiviti termasuk gegaran dan muntahan debu hitam sejak dua bulan lalu, kata pakar gunung berapi, Syamsul Rizal.
Seorang lagi pegawai, Gede Swantika berkata adalah biasa tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi ditetapkan lima hingga 10 kerana sesebuah gunung berapi itu mungkin meletus dalam tempoh dua minggu.

Katanya, pegawai yang memantau aktiviti gunung berapi mengesan lebih banyak tempat menunjukkan aktivisi seismik lebih tinggi.

“Kita akui ini suatu yang luar biasa kerana membabitkan lebiht 20 gunung berapi pada satu masa. Kami perlu terus memantau tetapi saya tidak boleh kata atau ramal mana satu akan meletus. Kami hanya dapat kesan coraknya,” katanya lagi.

Di PADANG, pihak berkuasa menafikan laporan bahawa bantuan tersadai di pelabuhan menyebabkan mangsa tsunami yang terselamat terpaksa mencari tumbuhan liar selepas bencana alam yang membunuh beratus-ratus orang.

Ketika Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata bahawa negaranya menerima bantuan asing untuk pembinaan semula kampung yang terjejas, ada laporan menuduh kerajaan merancang untuk menempatkan semula penduduk jauh dari kawasan pantai.

Mangsa yang terselamat dalam kejadian tsunami setinggi tiga meter di pulau Mentawai, barat Sumatera mengadu bahawa bantuan terlalu perlahan tiba kepada mereka manakala pekerja bantuan berkata koordinasi adalah terlalu lemah.

Tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter itu meranapkan kira-kira 10 kampung, memusnahkan sekolah, masjid dan rumah tradisional di kawasan pedalaman dan pantai yang popular di kalangan peluncur asing.

“Penangguhan disebabkan keadaan cuaca buruk. Tetapi sekarang kami sudah tiba ke kawasan terjejas dan bantuan dihantar walaupun ia agak terbatas,” katanya.


P/S - Untuk gambar Gunung Merapi meletus [klik sini]





Tembusi terowong terpanjang di Asia


PADANG RENGAS - Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar mencatat sejarah tersendiri apabila bahagian terakhir Terowong Berkembar Berapit (TBB) sepanjang 3.3 kilometer yang dibina di sini berjaya ditembusi semalam.

Bagaimanapun pembinaan TTB yang merupakan terowong landasan kereta api berkembar terpanjang di Asia Tenggara itu akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sehingga semalam pemaju projek terbabit, MMC-Gamuda JV berjaya menyelesaikan 70 peratus kerja-kerja pembangunan terowong berkenaan manakala bakinya akan dilaksanakan secara berperingkat.


"Pembinaan terowong ini bermula pada 4 Oktober 2009 menggunakan konsep berkembar dengan satu landasan setiap satu, serta pembinaan sembilan laluan silang antara terowong kiri dan kanan.
"Baki 30 peratus pembinaan terowong ini merangkumi kerja-kerja pembinaan infrastruktur dan melengkapkan sistem bahkan kita yakin ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.





Woods: Tidak rugi apa-apa hilang gelaran No. 1


YOKOHAMA, Jepun - Tiger Woods berkata, dia tidak rugi apa-apa selepas kehilangan status sebagai pemain No. 1 dunia kepada pemain golf England, Lee Westwood selepas melalui musim yang sukar tahun ini.
Westwood merampas gelaran teratas itu, kelmarin sekali gus menamatkan penguasaan Woods yang bertakhta selama 281 minggu.
''Ya, saya bukan lagi pemain No. 1 dunia seperti apa yang tercatat dalam ranking dunia. Untuk ke tahap itu, anda perlu memenangi banyak kejohanan dan saya tidak menang pada tahun ini,'' kata Woods.
Woods beraksi dalam perlawanan pertunjukan di Yokohama Country Club, semalam menentang pemain remaja Jepun, Ryo Ishikawa.
Dia dijadual mengambil bahagian pada Kejohanan HSBC di Shanghai, Khamis ini.
Woods mula menakluk gelaran No. 1 seminggu selepas Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2005 dan ketika itu dia hanyalah naib johan.
Dia kemudian menjuarai Terbuka Britain sebulan selepas itu dan kedudukannya semakin kukuh dan jarang tergugat.
Keadaan itu bagaimana berbeza pada tahun ini dan Woods terpaksa bergelut mencari kemenangan dan mempertahankan kedudukannya.
Dia juga berehat selama lima bulan daripada aksi di lapangan untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya gara-gara skandal sebelum berakhir dengan perceraian.
Woods berkata, dia telah berusaha gigih untuk mempertahankan kedudukan selaku pemain No. 1 dunia.
''Untuk menjadi No. 1 anda perlu memenangi banyak kejohanan. Itulah sahaja caranya,'' ujar Woods.
Woods kini menduduki tangga kedua diekori juara PGA, Martin Kaymer, Phil Mickelson dan Steve Stricker.
Dengan baki tiga lagi kejohanan pada musim ini, Woods berkata, dia mahu mengubah kedudukan itu.
Saya ada tiga lagi kejohanan tahun ini dan saya berharap dapat melakukannya. Saya benar-benar mahu melakukannya sebelum 2011,'' tegas Woods.
Sementara itu, Westwood mengambil alih kedudukan No. 1 selepas Kaymer gagal menghabiskan permainan untuk kedudukan dua teratas pada Andalucia Masters di Sepanyol. Dia adalah pemain Eropah pertama menduduki ranking teratas itu selepas Nick Faldo melakukannya pada tahun 1994.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!