Tuesday, November 9, 2010

Am I beautiful??? Blog Award...

Bagi lulu tarik nafas..
eh..ambik nafas..
ngee..

well...ni award kedua hari ni..
Macam janji eh sesama bagi award buat lulu...

Untuk Award ni, tak de maknanya nak ngaku diri cantik eh..
biasa saje..


"Nice Blog Award"



Hi Reader's...

He3, nama anugerah nie "Nice Blog Award" yg Budak Botak anugerahkan kpd blog2 yg berjaya menarik hati Budak Botak utk dtg lagi ke blog tu (ala2 cinta pandang pertama la, he3)...

Hah, itu menurut pemberi award ini..Oleh kerana beliau [klik sini] merupakan follower terbaru lulu-pages, lulu nak ucapkan....
Selamat datang..
Yeah....terus bagi award pula tu..
baik sungguh hati kamu..

Dan ini adalah award pertama lulu (Hari ni lulu dapat 2 award) untuk hari ni..


Bila dapat award ni, sambil-sambil, jom jawab soalan berikut..


1. budakbotak11.blogspot.com di mata korang.. Berikan pendapat dengan jujur.
Bagi lulu, blog beliau nampak baru lagi.. (macam lulu-pages juga).. Tapi memang ada potensi untuk berkembang maju...yeah...terus kehadapan..


2. Nama blog korang dan kenapa letak nama tu?
Lulu-pages.. Sebab, nak tiru macam yellow pages (wah..boleh ke jawab macam tu? ngee).. Lulu sengaja namakan macam tu, sebab bagi lulu lulu-pages adalah tempat semua orang boleh dapatkan apa sahaja..
Dari berita terkini, hangat/hot, pengetahuan dan juga masakan..
macam-macam ada..(pinjam dari astro)


3. Nama URL blog dan dari mana datangnya idea tu..
http://lulu-pages.blogspot.com/
hah, sama jawapan dengan soalan kedua..ngee


4. Apakah method dalam penulisan blog anda..
For fun and to share any news, nor provide the knowledge ..


5. Bila blog anda diwujudkan?
10 Jun 2010


6. Siapa orang pertama yang tahu, dan menjadi follower blog korang?
ehmm..kawan..ngee..


Dan sesi men-tag diteruskan kepada...





Done...Giliran anda teruskan




.

Gaun daging lagi?

 
 
Malam tadi, di MTV EMA, Eva Longoria membuat kejutan apabila mengenakan gaun 'daging'.

Kecoh makhluk ganjil di tasik



RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa orang menemui satu benda ganjil yang besar dan bertompok-tompok terapung di sebuah tasik buatan di Oyster Point, bandar Newport News, Virginia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pada mulanya, benda ganjil itu ditemui oleh seorang pekerja pejabat, Tracy Collier semasa membawa seekor anjing milik bosnya berjalan.

Dia dan beberapa pekerja pejabat lain kemudian menghubungi pakar-pakar di Institut Sains Marin Virginia dengan menghantar e-mel dan gambar makhluk itu.

Makhluk itu berdiameter kira-kira 1.21 meter dan bergerak ke dalam tasik sejauh 1.82 meter.
Ia kelihatan bergoyang semasa gelombang ombak membadai makhluk ganjil itu.

Pakar-pakar di institut tersebut menjelaskan bahawa makhluk ganjil itu merupakan koloni hidupan air Pectinatella magnifica.
Koloni hidupan air itu muncul sama ada terapung atau berpaut pada objek terapung.





Bersedekah Sebagai Tanda Bersyukur Dengan Rezeki Kurniaan Allah



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian
Pengajaran hadith:

i) Amalan memberi sedekah disifatkan sebagai penebus dan pelupus dosa dan ia merupakan pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka. Orang yang suka bersedekah menunjukkan dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.

ii) Aspek yang terpenting dalam bersedekah ialah keikhlasan niat bahawa amalan itu adalah kerana Allah S.W.T semata-mata, tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kononnya kita adalah seorang yang pemurah dan sebagainya.

iii) Tidak sewajarnya kita bersedekah kepada orang lain, sedangkan keperluan diri dan keluarga sendiri diabaikan. Oleh itu sebaik-baik cara bersedekah ialah ia dimulakan dengan orang yang di bawah tanggungan sendiri, keluarga dan sanak saudara kerana memberi kepada orang yang berhak itu adalah lebih utama.
iv) Bersedekah sesungguhnya akan memuliakan maruah seseorang sebaliknya meminta sedekah akan menjatuhkan maruah diri sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam menggalakkan umatnya agar berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki, bukan mengharapkan belas kasihan orang lain.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia





Separuh Akhir Pertama Muzik muzik 2010

 
 Malam tadi telah berlangsung separuh akhir pertama muzik muzik..
Ada tengok tak?
Memang lagu-lagunya top belaka..
Tapi, bila nyanyi live..adeh..ada juga yang tak berapa sedap eh..


So, ini adalah antara lagu yang berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir..
Anugerah juara lagu..

Peti sejuk berusia 63 tahun


LONDON - Seorang lelaki, Don Ashley memiliki sebuah peti sejuk terpakai yang dibeli oleh bapanya pada 1947 yang kini masih berfungsi, lapor sebuah akhbar semalam.

Peti sejuk itu buatan English Electric itu kini sudah berusia 63 tahun.

Menurut Don dan isterinya, Ivy, peti sejuk itu masih digunakan pada setiap hari tetapi terdapat beberapa pertukaran mentol tetapi ia tidak perlu dibaiki. 



Remaja 14 tahun maut dipijak gajah


HANOI: Seorang remaja 14 tahun mati dipijak seekor gajah liar di selatan Vietnam, lapor satu sumber, semalam.
Remaja lelaki terbabit bersama bapa tiri dan sepupunya berjalan ke kawasan memancing ikan di sebuah hutan di wilayah Dong Nai ketika diserang gajah itu, kata seorang pegawai, Ngo Van Son.

“Gajah itu naik minyak apabila mendengar bunyi bising enjin motosikal. Dua lelaki dewasa bersama remaja itu melarikan diri apabila haiwan itu mendekat mereka tetapi remaja terbabit tersangkut di motosikal,” ujar Ngo. Menurut Ngo, remaja itu terperangkap di bawah motosikal yang dipijak gajah berkenaan.




Pakaian Miley Cyrus jadi isu


BERLIN - Penyanyi terkenal, Miley Cyrus mencetuskan kontroversi lagi kerana dia memakai pakaian yang dianggap lebih dewasa daripadanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sondol gajah


GUA MUSANG: “Ketika memecut kenderaan, tiba-tiba pandangan saya gelap. Sedar-sedar, saya dapati kereta saya terperosok di bawah perut gajah,” kata Kamal Syazwan Kamarulzaman, 19, yang cedera selepas kereta dipandu merempuh gajah, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 3 pagi di Kilometer 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Sungai Lakit, di sini, ketika Kamal Syazwan bersama isteri dan seorang rakan dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Paloh Satu.


Kemalangan itu menyebabkan dia dan rakan, Mohd Fikri Mat Nasir, 20, cedera ringan di muka dan menerima rawatan di Pusat Kesihatan Besar Bandar Chiku manakala isterinya, Nur Afiqah Abdul Hamid, 18, bernasib baik kerana tidak cedera.

Kamal Syazwan yang memandu Proton Iswara Aeroback berkata, dia tidak menyedari seekor gajah liar secara tiba-tiba keluar dari kawasan hutan dan berdiri di tengah jalan menyebabkan dia tidak sempat menekan brek.

“Memang ketika itu jalan berkenaan sunyi dan tiada kenderaan lain yang lalu menyebabkan saya memecut agak laju,” katanya. 

Menurutnya, sebaik menyedari kereta dipandunya terperosok di bawah perut gajah, dia bersama isteri dan rakan dalam keadaan kelam- kabut bergegas keluar daripada kereta yang remuk kerana bimbang dipijak haiwan itu.

“Kami bersyukur kerana apabila keluar dari kenderaan, gajah berkenaan meninggalkan kawasan itu dan memasuki kawasan kebun penduduk di Kampung Sungai Lakit,” katanya yang tidak pasti sama ada gajah terbabit cedera atau tidak.

Kamal Syazwan berkata, dia diberi bantuan penduduk berhampiran yang bergegas keluar dari rumah selepas terdengar bunyi dentuman kuat kenderaannya merempuh gajah.





Kahwin 11.11.11


PUAS dipujuk, dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Utuh. Ezlynn masih tidak mahu mendedahkan siapa calon suami yang bakal dikahwini tahun hadapan.
“Calon suami saya, biarlah saya rahsiakan dulu, belum waktunya saya mendedahkan secara terperinci mengenai dirinya,” tutur Ezlynn lembut.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jejaka berusia 30-an yang juga seorang ahli perniagaan adalah ‘teman’ yang cukup rapat dengannya.

Cuma Ezlynn menegaskan, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. “Selain itu, saya juga inginkan seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama,” tuturnya.
Dalam pada itu, Ezlynn mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup memandangkan hatinya pernah parah terluka suatu masa dahulu.

“Sememangnya putus cinta sesuatu yang sangat menyedihkan, sebab itu apabila kembali bercinta, saya cukup hati-hati, bimbang saya terluka lagi,” ujarnya.

Tatkala berbicara pula mengenai perancangan untuk berkahwin, gadis bersuara serak-serak basah itu bagaimanapun mengesahkan sememangnya benar sama sekali dia ingin menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan.

“Saya memang merancang ingin berkahwin apabila umur saya mencapai 30. Saya belum bersedia mendedahkan bakal suami kepada umum. Bila tiba masa akan diberitahu,” kata Ezlynn, 29, ketika ditemui pada majlis pelancaran Peek-A-Boo Restyled Party, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengikut perancangannya, Ezlynn bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan November 2011 setelah membuat perbincangan serius bersama ibunya.

Jika pada tahun ini, ramai yang merancang untuk berkahwin pada ‘tarikh keramat’ 10.10.10, pada tahun depan juga muncul satu tarikh keramat iaitu 11.11.11 dan khabarnya Ezlynn telah memilih tarikh tersebut untuk melangsungkan perkahwinan,

Apabila diajukan soalan mengenai tarikh bertuah 11 November, 2011 yang dipilih ibunya untuk dirinya bergelar isteri, sambil mengukir senyuman di wajah, Ezlynn menyatakan jikalau tiada aral yang melintang pastinya tarikh tersebut dipilih.

“Sememangnya tarikh tersebut agak menarik dan mudah untuk diingat. Ibu pun sudah memilihnya, justeru andai tiada sebarang halangan, insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut,” ungkapnya.


Bunting pelamin

Setiap wanita yang berkahwin semestinya inginkan kebahagiaan sepanjang hayat begitu juga dengan penyanyi kelahiran Ulu Kinta, Perak ini.

Sehubungan itu, Ezlynn mengakui fobia dengan isu kahwin cerai di kalangan masyarakat kini, khususnya artis.
“Saya mengakui agak bimbang kerana baginya penceraian akan hancurkan setiap impian yang dibina, katanya lagi.

Jelas Ezlynn lagi, dia tidak akan berhenti menjadi penghibur walaupun telah bergelar isteri. Walaupun menjadi ibu, Ezlynn tidak akan berhenti untuk terus menjalankan aktiviti sebagai seorang insan yang bergelar artis.
“Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi ibu dan saya lebih gembira jika ditakdirkan bunting pelamin,” jawab Ezlynn sambil ketawa besar.

Bercerita pula tentang karier, Ezlynn memberitahu dia sedang menunggu filem terbaru lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam pada Februari depan.

Filem aksi komedi arahan Dharma Harun Al-Rashid yang berjudul Adik Manja Return juga menampilkan pelakon jelita Rozita Che Wan, Kenchana Dewi, Scha Al-Yahya, Faezah Elai, Jihan Raja Lawak dan Fida.
“Adik Manja Return diberi suntikan zaman kini dan masih lagi mengekalkan jalan cerita Adik Manja. Filem itu mengisahkan tentang kenakalan pelajar perempuan di kolej swasta,” ujarnya.

Selain itu, Ezlynn juga terlibat dengan beberapa lakonan drama bersiri dan antaranya ialah Suara Hati yang sedang ditayangkan di saluran Astro Prima, yang mana Ezlynn berlakon di samping Zamarul Hisham dan Intan Sarafina.





.

Pemandu lori maut rempuh treler

BEGINILAH keadaan lori yang remuk menyebabkan pemandunya maut dalam kemalangan di Kilometer 25.2, Jalan Maran-Bandar Jengka, Maran semalam.

KUANTAN - Akibat gagal mengawal kenderaan, seorang pemandu warga Bangladesh maut apabila lori yang dipandunya merempuh sebuah treler di Kilometer 25.2, Jalan Maran-Bandar Jengka dekat Maran semalam.

Semasa kejadian pada pukul 5.15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Babu, 27, mati di tempat kejadian akibat parah seluruh anggota badan, remuk di kepala serta putus kaki kanan selepas merempuh treler yang diletakkan di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, mangsa yang memandu lori membawa muatan mi itu gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh treler tersebut.
"Mangsa dalam perjalanan ke Bandar Pusat Jengka dikatakan gagal mengawal kenderaan kerana laluan berselekoh sebelum merempuh treler yang diletak di bahu jalan.

"Dia didapati tersepit di tempat duduk pemandu manakala kelindan berusia 32 tahun cedera ringan. Bomba mengambl masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa," kata beliau semasa dihubungi.





Hasrat ragut wanita tak sampai

MAYAT penjenayah yang ditembak mati oleh anggota polis dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang penjenayah yang cuba meragut seorang wanita ditembak mati oleh polis ketika dia melarikan diri dan cuba melawan anggota polis yang mengejarnya di Kawasan Perusahaan Senawang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi, lelaki yang berusia 32 tahun itu dikatakan cuba meragut seorang wanita yang menunggang motosikal seorang diri di satu persimpangan lampu isyarat di Senawang.
Bagaimanapun, tindakan suspek yang menunggang motosikal Yamaha RXZ itu disedari oleh dua anggota polis yang masing-masing menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek yang menyedari tindakannya diperhatikan oleh dua anggota polis itu membatalkan niatnya untuk meragut dan terus memecut motosikalnya meninggalkan mangsa.
Menurut beliau, seorang anggota polis yang menunggang motosikal Modenas Kriss mengejar suspek sehingga ke Kawasan Perusahaan Senawang, kira-kira empat kilometer dari lokasi peragut itu dikesan.

“Ketika dikejar suspek beberapa kali cuba menendang motosikal anggota polis yang mengejarnya sebelum suspek kemudian berhentikan motosikalnya di tepi jalan dan melarikan diri ke satu kawasan berpaya di situ,” kata beliau di sini semalam.
Anggota polis itu juga turun dari motosikalnya dan mengejar suspek itu ke kawasan paya sambil mengarahkan lelaki itu menyerah diri.

“Namun, suspek terus cuba menyerang anggota polis itu dengan topi keledar sehingga menyebabkan tangan kiri anggota polis terbabit cedera,” kata Saiful.

“Melihat suspek semakin ganas, anggota itu melepaskan dua das tembakan amaran, tetapi tidak diendahkan menyebabkan satu das tembakan lagi dilepaskan yang terkena paha kiri mangsa.

“Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian menemui pisau selain peralatan menghisap dadah seperti jarum suntikan dalam beg suspek.

Katanya, siasatan mendapati motosikal Yamaha RXZ digunakan suspek dilaporkan hilang di Kuala Lumpur pada 2003.

“Lelaki itu juga mempunyai enam rekod kesalahan jenayah lampau membabitkan kes curi dan dadah,” katanya.

“Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Sepasukan anggota Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6014999 atau balai polis berhampiran.






Sembunyi dalam IPD

Gambar hiasan

AMPANG: Malu wajahnya dirakam media, pelakon lelaki dan tunangnya yang dibebaskan semalam selepas dua hari ditahan kerana kes dadah sanggup menyembunyikan diri di dalam bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, selama lima jam.
Pelakon berusia 30 tahun itu yang membintangi beberapa drama dan filem antaranya Evolusi KL Drift, ditahan bersama tunangnya yang berusia 24 tahun kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kedua-dua mereka direman dua hari selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Mereka yang direman sehingga semalam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dan keterangannya bersama tunangnya dirakamkan.

Difahamkan, proses pembebasan pelakon dan tunangnya itu selesai kira-kira jam 12 tengah hari, namun seorang saudara pelakon terbabit yang datang untuk menjemput mereka menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar lantas memberitahu pelakon itu sehingga menyebabkan dia enggan keluar dari sebuah bilik dipercayai di tingkat tiga bangunan IPD berkenaan.

Berikutan itu, petugas media yang menunggu di IPD berkenaan sejak jam 12 tengah hari gagal merakam kelibat pelakon terbabit dan beredar pada jam 4 petang.

Difahamkan, pasangan terbabit akhirnya keluar dan meninggalkan kawasan IPD itu pada kira-kira jam 5 petang selepas mendapati keadaan sudah ‘selamat’ untuk mereka keluar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata tempoh tahanan reman pasangan terbabit berakhir pagi semalam dan mereka dibebaskan selepas semua proses dokumentasi selesai.

Beliau berkata, pihaknya selesai menjalankan siasatan terhadap kedua-dua suspek yang direman itu dan keterangan mereka juga sudah direkodkan.

“Kedua-duanya dibebaskan pagi tadi (semalam) dengan jaminan polis, namun mereka enggan keluar kerana mengetahui kehadiran pihak media. Kami tidak boleh memaksa mereka supaya beredar kerana itu hak mereka,” katanya.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!