Thursday, November 11, 2010

Terkini : Shamrin Fotograf Meninggal Dunia


Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.
Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.



P/S - Al-Fatihah...








Acha Tidak Kekok Bertemu Irwansyah


BEKAS pasangan kekasih Acha Septriasa dan Irwansyah akan beraksi dalam sebuah filem cinta berjudul Love Story yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

“Filem ini adalah versi filem Heart tapi telah diperbaharui agar ia bersesuaian untuk tahun 2011. Kepada mereka yang tidak berpeluang menonton versi lalu bolehlah menonton filem ini tahun hadapan,” ujar Acha.
Acha ditemui ketika tayangan perdana filem Heart 2 Heart bersama kekasih barunya, manakala Irwansyah turut hadir bersama pasangannya, Zaskia Sungkar.

“Kami berterima kasih dengan filem Heart yang menaikkan nama kami berdua. Walaupun kami sudah berpisah tapi kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Acha, dia tidak kekok lagi untuk berlakon dengan Irwansyah walaupun mereka bukan pasangan kekasih lagi kerana kedua-dua mereka sudah boleh menerima hakikat perpisahan itu.

Malah Acha juga sering kali meminta pendapat Irwansyah mengenai sesuatu babak yang bakal mereka lakonkan bersama.
“Saya sering bertemu dia dan berlakon bersama, jadi kami sudah jadi seperti rakan dan tiada lagi perasaan sakit hati seperti awal-awal dahulu,” katanya.





Berucap berapi-api, rupanya teks lapuk


WELLINGTON: Seorang menteri terpaksa menanggung malu besar kerana kesilapan tidak disengajakan ketika menyampaikan ucapan penuh bersemangat di Parlimen lewat kelmarin.
Yang nyata, ucapan itu dibacakan berdasarkan teks yang pernah disampaikan seorang menteri lain dua tahun lalu.

Menteri Imigresen, Jonathan Coleman (gambar) berucap selama 10 minit mengenai kebaikan Undang-Undang Cukai kerajaan dengan anggota Parlimen lain mula berpandangan sama sendiri.
Dalam suasana yang mirip drama komedi Inggeris, ‘Yes Minister,’ itu, Coleman hanya menyedari seorang kakitangan kerajaan dengan tidak sengaja memberikannya teks ucapan yang pernah disampaikan oleh Menteri Pendapatan Negara, Peter Dunne pada 2008, selepas habis membacanya. Dunne semalam berkata, kesilapan itu amat memalukan bagi ahli politik.

“Ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Coleman, yang nyata amat malu dengan peristiwa itu berkata, dia menyedari ada masalah dengan ucapan itu tetapi mengambil keputusan untuk meneruskannya.

“Tidak ada kejadian teruk yang berlaku, tidak ada orang yang mati kerananya. Tetapi ia menjadi pengajaran mengenai prosedur kerja,” katanya.


 P/S - Ekekeke........






Bakso, nasi goreng, semuanya enak


JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bercakap dalam bahasa Indonesia semasa mengucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan oleh rakan sejawatannya dari Indoensia, Susilo Bambang Yudhoyono pada jamuan makan malam kelmarin di Istana Merdeka, lapor sebuah akhbar semalam.
"Terima kasih untuk bakso, nasi goreng, emping, krupuk. Semuanya enak," kata Obama selepas memakan hidangan yang digemarinya sewaktu di tinggal di Jakarta semasa kecil pada 1960-an bersama ibu kandung beliau dan bapa tirinya.
Obama tiba di Jakarta kelmarin dalam lawatan selama 20 jam sebelum beliau berlepas semalam ke Korea Selatan untuk menghadiri mesyuarat Kumpulan 20 yang dianggotai negara maju dan membangun.
Presiden AS itu turut menyatakan, pemandangan di Jakarta sudah berubah sejak beliau berada di bandar raya tersebut pada 1967.
Beliau tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya yang merupakan warga Indonesia di sebuah rumah di Menteng Dalam di sini.
"Saya mengingati orang ramai menaiki becak...beca atau bemo yang sejenis pengangkutan seperti teksi. Kini sebagai Presiden, saya tidak dapat melihat trafik. Jalan raya disekat," katanya sambil diiringi ketawa daripada sekumpulan pegawai dan pemberita.
Presiden AS itu menyatakan demikian bagi merujuk laluan konvoi Obama yang disekat daripada dilalui kenderaan awam semasa beliau tiba di Jakarta petang kelmarin.
Sementara itu, semasa berpidato di Universiti Indonesia semalam, Obama turut mengucapkan salam dengan berkata: "Assalamualaikum. Salam sejahtera."
Ucapan salam itu mendapat tepukan gemuruh daripada pendengar yang padat memenuhi dewan tempat beliau berucap.
Kelmarin, Obama turut mengucapkan assalamualaikum kepada pemberita di Istana Merdeka.
Presiden AS itu turut menyebabkan pendengar gelak ketawa di dewan Balairung Kampung universiti tersebut apabila beliau berkata dalam bahasa Indonesia : "Pulang kampung nih."
Lebih 6,000 orang mendengar ucapan Obama itu.
Dalam suasana yang ceria, pendengar turut mendengar Presiden AS itu menceritakan penjaja jalanan melaungkan perkataan sate dan bakso pada waktu malam.
"Indonesia bagian dari diri saya," kata Obama dalam bahasa Indonesia.
Obama berkata, adik tirinya, Maya Soetoro dilahirkan semasa beliau berada di Jakarta.
Menurut Presiden AS itu, semasa kecil, beliau akan bermain layang-layang, berlari di sawah padi dan menangkap pepatung.
"Jika anda bertanya kepada saya atau rakan-rakan sekolah saya yang mengenali saya, saya tidak berfikir mana-mana daripada kita boleh meramalkan bahawa pada satu hari nanti, saya akan kembali ke Jakarta sebagai Presiden Amerika Syarikat," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada pendengar.
Presiden AS itu turut menyatakan bahawa Indonesia adalah contoh paling terkuat sebagai satu kemunculan demokrasi untuk memajukan ekonomi dan sebuah negara Muslim yang bertoleransi dengan agama lain.
"Pencapaian anda menunjukkan demokrasi dan pembangunan saling memperkuatkan antara satu sama lain," katanya.
Obama menyatakan, walaupun Indonesia sudah mengalami banyak perubahan, perkara penting yang dipelajarinya mengenai negara ini ialah semangat tolak ansur yang termaktub dalam perlembagaan dengan terdapatnya masjid, gereja dan kuil.
Presiden AS itu yang tidak berucap panjang kerana meninggalkan Indonesia pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan berkata: "Kita semua perlu menewaskan Al-Qaeda dan sekutu-sekutunya."
Mengenai Asia Barat, Obama menyatakan proses keamanan Israel-Palestin menemui banyak halangan selepas beliau melancarkan semula rundingan pada September lalu.
Semasa menutup pidatonya, Obama berkata: "Terima kasih, selamat sore... Assalamualaikum." 





.

Suami isteri miliki 18 orang anak


LAKE CITY, Tennesse - Satu pasangan suami isteri, Gil dan Kelly Bates mempunyai 18 orang anak selepas mereka berkahwin 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Pasangan itu dikurniakan sepuluh anak perempuan dan lapan lelaki.


Pada setiap hari, sebanyak 48 biji telur diperlukan jika kesemua anaknya makan sarapan pagi di kediaman mereka di Lake City di Tennesse, Amerika Syarikat.


Kelly dari sini berkata: "Semasa muda, saya tidak mahu anak. Saya hanya mahukan kerjaya."


Anak mereka yang paling tua berumur 21 tahun.






P/S - Ramainya anak dia..setahun sekali agaknya dia mengandung..wah..





Anak kura-kura dua kepala


BEIJING - Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China, lapor sebuah akhbar semalam.

"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan.





Hilang berat 12.24kg sebab diet makanan ringan


WICHITA - Seorang profesor pemakanan di Universiti Kansas State, Mark Haub hilang berat badan hampir 12.70 kilogram (kg) apabila dia mengambil makanan ringan seperti kek krim, snek, biskut dan bijiran selama sepuluh minggu, lapor sebuah akhbar semalam.

Haub

Haub hilang berat badan sebanyak 12.24kg daripada berat badan asalnya 91.3kg.
Dia mengurangkan pengambilan kalori dengan mengambil kurang 1,800 kalori berbanding 2,600 kalori dengan memakan kek Twinkie setiap tiga jam.


Haub turut memakan bijiran Kellogg's dan biskut Oreo dan minum dua kali sehari kopi espreso.
Dia juga mengambil pil vitamin dan makan kacang hijau dan snek Doritos.
Sebelum dia mengambil makanan itu, Haub menganggap dirinya seorang pengguna yang memakan makanan berkhasiat seperti pisang, buah beri dan bijiran.





Imej galaksi sejauh 60 juta tahun cahaya


MIAMI - Teleskop Hubble merakamkan gambar gugusan bintang sejauh 60 tahun cahaya dari Bumi yang dikenali sebagai NGC 4452, lapor sebuah akhbar semalam.

Galaksi itu pertama kali dilihat oleh ahli astronomi Britain, William Herschel pada 1784 menerusi teleskop berukuran 47 sentimeter.

Semasa ditemui, Herschel menganggap objek itu sebagai nebula yang merupakan kepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya kabur di langit pada waktu malam.





Filem Twilight dapat 8 pencalonan


The Twilight Saga mempunyai peluang cerah untuk menguasai persaingan di Anugerah People's Choice 2011 apabila kisah cinta puntianak itu dan pelakonnya mendahului dengan lapan pencalonan dalam satu pengumuman, semalam.
Filem itu dicalonkan untuk kategori filem terbaik dan drama terbaik dengan barisan pelakonnya, Kristen Stewart, Robert Pattinson dan Taylor Lautner juga dipilih untuk pasukan dalam skrin terbaik.
Pattinson dan Lautner turut mendapat pencalonan untuk aktor terbaik, manakala Stewart dicalonkan untuk aktres terbaik.

Stewart dan Pattinson yang juga pasangan kekasih turut dicalonkan sebagai bintang filem terbaik di bawah umur 25 tahun.
Pencalonan lain adalah Robert Downey Jr. dalam untuk aktor terbaik, bintang aksi terbaik dan pasukan dalam skrin terbaik dengan Don Cheadle.

Iron Man 2 dicalonkan untuk filem terbaik dan filem aksi terbaik, diikuti Inception yang disenarai dalam pencalonan filem terbaik, drama terbaik dan pasukan dalam skrin terbaik untuk pelakonnya iaitu Leonardo diCaprio, Joseph Gordon-Levitt, Ellen Page, Tom Hardy dan Dileep Rao.
Mendahului pencalonan drama televisyen adalah Grey's Anatomy dengan pelakonnya Patrick Dempsey dan Sandra Oh turut mendapat pencalonan individu.

Dempsey, Oh dan Ellem Pompeo juga dicalonkan untuk anugerah doktor televisyen terbaik.
Dalam kategori muzik, Eminem, Carrie Underwood, Katy Perry, Beyonce, Pink, Taylor Swift dan Lady Gaga mendapat beberapa pencalonan.

Peminat boleh memilih pemenang secara dalam talian sehingga 7 Disember ini. Anugerah People's Choice akan berlangsung pada 5 Januari 2011 di Nokia Theatre.






Polis siasat blog ugut AC Mizal


Polis sedang menyiasat beberapa blog berhubung dakwaan ugutan melampau dan fitnah terhadap pelakon dan pengacara AC Mizal (gambar) dipercayai bertujuan memusnahkan perniagaan yang dijalankannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, siasatan sedang dijalankan, bagaimanapun beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan terbabit.

"Tiada sebarang petunjuk atau bukti yang menunjukkan ugutan itu dilakukan oleh individu pesaing dalam perniagaan dilakukannya.
"Sehubungan itu, pihak polis sedang mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

"Setakat ini, tiada individu dipanggil untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pelakon dan pengacara berstatus Datuk itu membuat laporan polis Isnin lalu, mendakwa menerima ugutan melampau dan fitnah dalam beberapa blog.
Antara ugutan itu berbunyi 'elok sembelih je kot' dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan yang dilakukannya.

Antara tuduhan yang menjejaskan reputasi artis itu dalam blog terbabit adalah mengenai harga serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.
Dalam pada itu, Amiruddin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung blog-blog berkenaan untuk tampil membantu siasatan.





Remaja jumpa bom dalam guni

TUMPAT - Seorang pencari barangan lusuh nyaris maut kerana tidak menyedari guni yang ditemuinya di pusat pengumpulan sampah di Kampung Kelaboran di sini semalam berisi empat butir bom mortar lama

Mohd. Firdaus Sabri, 19, dari Kampung Tujuh di sini berkata, guni tersebut dijumpainya dalam timbunan sampah yang disangka mengandungi besi buruk kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, dia kemudian mengangkat guni tersebut dan menuangnya untuk mengetahui kandungan di dalamnya.

"Saya terkejut apabila melihat empat butir bom mortar tercampak keluar dari guni tersebut. Setiap butir bom tersebut berukuran kira-kira 60 milimeter," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Firdaus berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira 20 orang rakannya yang turut mencari barangan lusuh di tapak pengumpulan sampah tersebut.





Sempat ajar mengucap



LANGKAWI: “Saya sempat beberapa kali mengajar penunggang motosikal itu mengucap sebelum dia menghembus nafas terakhir,” kata Ikhwan Jaafar, 32, saksi kejadian kemalangan menyebabkan dua beranak maut di persimpangan Kampung Yooi, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Zaman Zakaria, 17, dan ibunya, Halimah Mat, 53, maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Ikhwan, saksi paling awal tiba di tempat kejadian berkata, sebaik melihat kejadian itu, dia bergegas ke arah mangsa dan cuba membantu mereka.

“Pemuda itu masih nyawa-nyawa ikan ketika saya memangkunya dan mengajar mengucap sebelum dia meninggal dunia di pangkuan saya. Ibunya pula waktu itu sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dua beranak itu dalam perjalanan ke Hospital Langkawi (HL) dari rumah mereka di Kampung Padang Kandang, di sini, untuk menziarahi seorang saudara mereka yang sakit.

Kejadian berlaku apabila Zaman yang menunggang motosikal terbabit membelok ke simpang Kampung Yooi sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda itu.

Anak Halimah, Aishah Samat, 31, berkata setengah jam sebelum kejadian, ibu dan adik tirinya itu ada memberitahu mahu ke HL dengan menaiki motosikal untuk menziarahi seorang ahli keluarga mereka yang sedang sakit.

“Adik dan mak keluar rumah selepas solat Asar. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu ada ahli keluarga menerima panggilan telefon dari seorang saksi mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya hanya nampak motosikal yang remuk dan diberitahu adik dan mak sudah meninggal dunia, manakala mayat mereka sudah dibawa ke HL,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Aishah berkata, kejadian itu berlaku di luar dugaan kerana adik bongsu dan ibunya ceria serta tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan ketika keluar dari rumah petang kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Langkawi, Inspektor Mohd Radzi Abd Rahman berkata, dalam kejadian itu, motosikal mangsa datang dari arah Padang Matsirat menuju ke Ulu Melaka, manakala kereta berkenaan dari arah bertentangan.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki Zaman dan ibunya, Halimah dikatakan cuba membelok ke simpang Kampung Yooi lalu dirempuh kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu adalah seorang warga asing yang menetap dan bekerja di sini dan sudah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Trafik Langkawi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi polis trafik untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.





Chef Wan dilantik Duta Makanan


Kementerian Pelancongan melantik tukang masak tersohor negara, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan sebagai Duta Makanan selama dua tahun (2010-12) kerana menghargai sumbangannya memperkenalkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen semalam ketika majlis pelancaran Asean Heritage Food Trail With Chef Wan.

Chef Wan yang berkecimpung dalam dunia masakan sejak 27 tahun lalu menyifatkan penghargaan itu terbesar bagi dirinya dan berjanji untuk meneruskan usahanya membawa makanan Malaysia dikenali peringkat antarabangsa.

“Saya akan meningkatkan usaha memperkenalkan makanan Malaysia menerusi tugas saya sebagai Duta Makanan. Saya berbangga kerana segala usaha saya dalam bidang masakan dihargai,” katanya ketika berucap di majlis itu.


 P/S - Wah, rezeki cucu ni..Dengar-dengar Chef Wan memang sangat sayangkan cucunya-anak dari Serina..




Dua maut nahas Proton Iswara terbabas


KANGAR – Selepas memadu kasih sehingga awal pagi, sepasang kekasih yang tergesa-gesa pulang maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok di jalan persisiran pantai Kuala Perlis-Sungai Baru di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah seorang pelajar, Nur Shahirah Mat Akhir, 20, dan teman lelakinya, Zul Hairi Basir, 21.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, semasa kejadian kereta Proton Iswara tersebut dipandu oleh Shahirah dengan laju untuk menghantar pulang kekasihnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah.

“Sebelum itu, pasangan itu pergi ke Kuala Perlis untuk makan malam dan berjalan-jalan di tepi pantai tersebut.

“Menyedari hari sudah lewat malam, mereka pulang dan dipercayai Shahirah memandu dengan laju di jalan yang tiada lampu dan licin,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


P/S - Memadu kasih tu apa?





Katak 1.3kg 'teman baik' budak 5 tahun


PASIR MAS: Berbanding kanak-kanak seusianya yang lebih gemar memelihara burung atau kucing sebagai haiwan peliharaan, Mohd Muqri Ramli, 5, pula mempunyai minat pelik apabila menjadikan katak seberat 1.3 kilogram (kg) sebagai ‘temannya’.

Menurutnya, meskipun ramai geli melihat apatah lagi memegang katak tetapi dia tidak sedikit pun berasa sedemikian kerana menganggap amfibia jinak itu sebagai comel dan tidak berbahaya.
Harian Metro yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Chica Tinggi itu mendapati ramai penduduk datang melihat katak terbabit berikutan saiznya agak besar berbanding katak biasa ditemui.

Mukhriz berkata, katak belaannya itu sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk rakan-rakannya yang singgah daripada sekolah tetapi kebanyakan daripada mereka takut memegangnya.

“Saya tidak berasa geli memegangnya kerana sudah biasa malah menganggapnya sebagai teman baik dan memanggilnya dengan gelaran ‘Chica’.


“Walaupun orang ramai geli tetapi bagi saya katak ini istimewa kerana tidak mengganggu orang lain yang datang membeli di kedai runcit emak saya,” katanya.

Sementara itu, bapa Muqri, Ramli Jaafar, 53, berkata dia pada awalnya menemui katak itu berdekatan sekolah dan membawanya pulang untuk ditunjukkan kepada anaknya.

Katanya, kerana tidak mahu membuangnya, dia memberinya kepada Mohd Muqri untuk dijadikan peliharaan kerana menganggapnya sebagai istimewa berdasarkan saiznya yang luar biasa.

“Memang ada rakan daripada bangsa Cina dan Siam yang mahu membelinya tetapi ditolak kerana anak saya tidak membenarkannya.

“Sehingga kini, katak terbabit dijaga olehnya kerana menganggapnya sebagai teman istimewa malah turut disayanginya,” katanya mengenai katak sepanjang hampir 0.4 meter itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak ditemui di Pasir Mas itu jenis katak biasa iaitu daripada spesis Limnonectus yang boleh mencapai tumbesaran antara 10 hingga 15 sentimeter.





Nombor yang cantik pada hari yang indah..

Suka suki buat entry ni..
ngee.. tak suka tak payah baca..
Entry macam tak de idea..
Tapi sebenarnya ada banyak idea menunggu untuk keluar..
ececehhhhh...



Good Job MY Chelsea!


Chelsea menang tipis, terus ungguli liga

LONDON: Jaringan pemain tengah Michael Essien sudah cukup untuk memastikan Chelsea mengukuhkan kedudukan Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Fulham 1-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Essien mudah menanduk untuk memperoleh gol tunggal Chelsea hasil hantaran lintang Florent Malouda pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, pada minit terakhir permainan, Essien dibuang padang apabila menjatuhkan Clint Dempsey tetapi ia sudah terlewat bagi Fulham untuk bangkit menyamakan kedudukan.
Dengan keputusan itu, Chelsea mengumpul 25 mata daripada 11 perlawaan, dua mata di depan Manchester United yang sekadar seri 0-0 dengan Manchester City.

Wei...1-0 pun jelas semalam Chelsea dapat kutip 3 mata penuh dan masih duduk atas liga..ngee..Tahniah Essien untuk gol itu walaupun awak dibuang padang dimasa tambahan akhir game..






Macam mana pula dengan game lain yang berlangsung sama subuh tadi? adakah bernasib baik seperti Chelsea?ngee..jom tengok keputusannya..

Manchester City 0 Manchester United 0
Aston Villa 3 Blackpool 2
Wigan 1 Liverpool 1
Wolves 2 Arsenal 2
Newcastle 1 Blackburn 2
Everton 1 Bolton 1
Wes Ham 2 West Brom 2

Laa...takkan sekadar seri jer Menyu? Liberpul? Wakakaka....(izinkan lulu ketawa..)








How many of you chelsea haters really watched the game?­ Chelsea were very good , they had 18 chances to score­ compare to 3 of fulham.Chelsea played better and­ they deserved 3 points.


Done....





.

Entry PENTING buat semua...Sila ALERT..



Korang ada lesen memandu?
Adakah korang pengguna jalan raya?
Pernah terlebih hadlaju?
Atau adehh...lupa pakai tali pinggang keledar..

eh, memandu tanpa lesen...?
menunggang motor pun tak sedar cukai jalan dah mati..
pakai handphone ketika memandu..
Banyaknya silap..
banyak yang terlupa..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!