Kunjungan dua beradik ke sebuah pusat hiburan di Pekan Inanam, di sini, awal pagi semalam, berakhir tragedi apabila seorang mati ditikam, manakala seorang lagi parah.
Herman Abdul Rahman, 22, mati akibat cedera parah di rusuk kanannya, selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di pusat hiburan itu, manakala adiknya, Faizal, 19, parah ditikam dua kali di pinggang, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata polis sedang mengesan beberapa suspek yang dikenal pasti terbabit dalam pergaduhan berkenaan.
“Kita percaya lebih seorang yang melakukan serangan, Kita juga yakin dapat melakukan tangkapan dalam masa terdekat kerana identiti beberapa suspek sudah diketahui,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.50 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, kita menemui seorang lelaki terdampar di atas jalan dengan kesan darah di bahagian rusuk kanan dipercayai akibat ditikam dengan menggunakan benda tajam,” katanya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment