JACK Wilshere berkata pemain Arsenal kemaruk untuk meraih kejayaan selepas mengalami kemarau trofi sejak 2005.
Sepakan terakhir Patrick Vieira buat kelab itu memastikan Gunners memenangi kejuaraan Piala FA enam tahun lalu namun tahun-tahun berikutnya menyaksikan mereka terlepas peluang - di tangan Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2006 dan Chelsea pada Piala Liga musim berikutnya.
Piala Liga kini menjadi tumpuan utama Arsenal apabila mereka menempah tiket ke perlawanan akhir bulan depan selepas mencatat kemenangan agregat 3-1 ke atas Ipswich Town. Mereka akan bertemu Birmingham City yang menyingkirkan West Ham pada satu lagi separuh akhir.
Wilshere bertindak cemerlang pada perlawanan separuh akhir kedua, umpanan menariknya menyaksikan gol pertama menerusi Nicklas Bendtner dan dia terdesak untuk menyempurnakan tugas di Wembley.
“Memang ada perasaan kuat di kalangan pemain untuk memenangi sesuatu - sudah terlalu lama hingga kami lupa bagaimana rasanya menjuarai sesuatu trofi,” kata Wilshere.
“Kami perlu membawanya pulang ke kelab kami - ini adalah sebuah kelab bola sepak yang besar dan kami perlukan trofi. Apa-apa trofi pun tidak kisah dan jika kami boleh menang bulan depan, ia akan memberikan kami keyakinan hingga ke hujung musim.
“Sebelum perlawanan, setiap orang berkata ini adalah peluang terbaik - hanya perlu mencari gol dan ia akan membuka peluang itu dan ia berlaku seperti yang kami harapkan.
“Ia pastinya sesuatu yang berharga buat kelab ini, bagi saya apa-apa trofi pun tetap satu trofi dan sudah lima tahun sejak kali terakhir kami memenanginya. Kami tahu jika kami menang, harapnya ia akan berpanjangan dan ia akan membuka ruang yang lebih banyak buat kami.”
Cesc Fabregas adalah satu-satunya pemain dalam skuad semasa Arsenal yang berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir Piala FA 2005.
Robin van Persie dan Manuel Almunia pula adalah antara barisan pemain di bangku pemain simpanan manakala Wilshere langsung tidak kelihatan di Stadium Millennium di Cardiff.
“Saya berusia 13 tahun ketika itu,” katanya. “Saya ingat perlawanan itu, saya duduk di rumah menyaksikan perlawanan bersama keluarga dan Vieira menjaringkan sepakan penalti terakhir. Anda boleh lihat apa maknanya buat mereka dan kami hanya mahu melakukannya sekali lagi.
“Menjadi sebahagian daripada anggota pasukan, mereka [pemain yang lebih berusia] berasa kemaruk untuk memburu trofi dan ia menyuntik semangat anda. Walaupun saya baru berada di sini selama setahun, saya mahu memenangi trofi - kerana inilah hakikat yang dimahukan kelab dan kami perlu melakukannya.
“Kami sedar kami akan pergi ke Wembley. Ia adalah perlawanan akhir pertandingan merebut piala dan setiap orang mahu memenanginya. Kami perlu berdepan perlawanan Liga Perdana kami selepas ini dan apabila perlawanan akhir tiba, kami bersedia menghadapinya.”
P/S - Boleh ke musim ni? ngee....
.
2 Penyokong CHELSEA:
confirm bolehh!!
hehehe..
go arsenal..!
lulu buat la bloglist khas utk penyokong kelab laen jgk..
hehehe..
@syafiqsulaiman ni mesti penyokong arsenal..kat bloglist tu belum tau pun semua penyokong chelsea.ekeke saje jer buat tajuk bloglist mcm tu (terasa ramai blogger penyokong chelsea..best-best..)
Post a Comment