NANDA memangku anak kakaknya, seorang warga Myanmar yang terselamat dari kes pembunuhan itu |
Dua wanita warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman menggunakan pisau di sebuah rumah di Taman Malim Permai di sini hari ini.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Myat Myat, 35, manakala pembantu rumahnya, Taw Taw Nyo, 31, ditemui oleh adik Myat yang datang ke rumah tersebut pada pukul 1.30 petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal polis mendapati, berlaku pertengkaran antara Myat dengan sekumpulan lelaki di dalam rumah tersebut antara pukul 11.30 hingga 12 tengah hari.
Bagaimanapun, seorang anak perempuan Myat yang baru berusia lima bulan tidak diapa-apakan dan ditemui di tingkat atas rumah mereka.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment