Saturday, January 15, 2011

Saya maafkan awak..


Pengacara terkenal Aznil Hj Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.

Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai Nawawa semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.
Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.

Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.

“Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.
“Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia,” kata Aznil.


Zizan menerusi laman web sosial Facebook miliknya memohon maaf kepada Aznil dan para peminat masing-masing kerana tidak berniat melakukan kesalahan tersebut.

Malah dia juga berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi selepas ini.
Kumpulan Bobo yang dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24, dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kedua program tersebut.



.

4 Penyokong CHELSEA:

Miera Hassan on January 15, 2011 at 11:48 PM said...

huhu..tu la kalau nk melawak..hmm tp xpela..i love u zizan..ihik

giha lalala on January 15, 2011 at 11:49 PM said...

hello cik lulu.. :P
kama tak jenguk surat khabar ni :p

Unknown on January 16, 2011 at 12:34 AM said...

kdg2 nk berlawak pon mesti kene pd tmpatnye.perlu jg sensitiviti org laen..tpi okeh la..semua org melakukan kesilapan..lepas ni..hrp2 jgnlah ulgi lg kan.suka zizan n aznil.. =)

misslovalova on January 16, 2011 at 12:44 AM said...

tak salah nak b'maaf-maafan . huuu . t'silap kata biasa la tuh . huu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!