Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.
Bagaimanapun menurut Nora, dia mengakui tidak kisah tentang penyebaran gambar tersebut.
“Salah seorang ahli keluarga Jejai yang memasukkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook bagi berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang lain.
“Pada saya ia bukan satu masalah besar sebab ia hanya gambar percutian kami dan tiada sebarang niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa,” ujarnya yang ditemui di Majlis Malam Penghargaan MIG Production, di One World Hotel, Rabu.
Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang.
“Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi.
“Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai,” katanya ringkas.
Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.
‘Selepas Cuti-Cuti Cinta mereka ada tawarkan untuk bekerja di bawah MIG Production tetapi saya menolak sebab buat masa ini saya lebih senang untuk bekerja sendiri.
“Sekarang saya belum menandatangani dengan mana-mana filem namun sedang meneliti sebuah tawaran filem kerjasama dengan negara jiran,” katanya.
P/S - Kredit gambar Oh Bulan
.
5 Penyokong CHELSEA:
fasha vs nora mmg panas tapi panas lagi chelsea n torres!!! torres bakal ke chelsea?
@delarocha torres mmg nak ke chelsea.. tp tak pasti liberpul nak lepas ke tak...
panasss je dgr pasal chelsea ni. hahaha!
@AMI.FAHMI duk depan aircond...leh sejuk..ngee
hrp nora danish bahagia.pdm muka fasha !
Post a Comment