Wednesday, January 19, 2011

Terbakar di belakang restoran


Wanita tanpa identiti dipercayai mangsa bunuh

IPOH: Seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan mayatnya mempunyai kesan terbakar ditemui di belakang sebuah restoran di Jalan Pasir Putih, di sini, semalam.
Mayat wanita itu yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kira-kira 8.20 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata berdasarkan maklumat diterima, sepasukan unit forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan menemui mayat itu dalam keadaan terlentang di sebelah tong sampah dengan kesan terbakar.

Ketika ditemui, katanya, mayat itu berpakaian lengkap iaitu berseluar pendek dan baju kemeja-T, tetapi tiada pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan sampah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Dzuraidi berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di 05-2451500 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, pekerja MBI yang menemui mayat terbabit, Mahani Mohd Yusuf, 42, berkata pada mulanya dia menyangka mayat berkenaan adalah patung sebelum meneliti dengan lebih dekat bersama seorang rakannya yang lain.

“Saya sangka ia hanya patung tetapi selepas melihat dengan lebih dekat bersama kawan saya, menyebabkan kami terperanjat kerana ia sebenarnya mayat seorang wanita,” katanya.

Katanya, dia segera memaklumkan penemuan itu kepada ketuanya yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.


.

1 Penyokong CHELSEA:

Blog Eazy Izzuddin on January 19, 2011 at 9:25 AM said...

uish
ni yh takot
huk2

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!