Thursday, February 24, 2011

Kemalangan Ngeri


Kelmarin mungkin merupakan hari yang paling memilukan buat seorang lelaki apabila dia menyaksikan ibu dan bapa mentuanya menemui ajal dalam keadaan ngeri selepas motosikal yang ditunggang pasangan itu dirempuh sebuah kereta.

Kejadian pukul 9.15 malam di Jalan Kuala Sanglang, Kampung Tok Mengkula di sini itu mengakibatkan Omar Ismail, 59, tercampak ke kanan jalan manakala isterinya, Aishah Teh, 65, melekat pada cermin hadapan kereta. Wanita itu kemudian diseret sejauh kira-kira 30 meter.
Pasangan itu mati di tempat kejadian.

Difahamkan, sebelum itu, pasangan tersebut baru sahaja pulang dari surau yang terletak kira-kira 60 meter dari rumah mereka selepas menunaikan solat Isyak dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5 Class.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!