Thursday, February 24, 2011

Kejutan terima jambangan bunga


JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang yang kini berada di Melbourne menjalani proses pemulihan akibat kecederaan ketika kejohanan di Manchester, baru-baru ini mendapat kejutan apabila menerima kiriman jambangan bunga dan buah-buahan daripada Timbalan Perdana Menteri.

Kiriman daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diterima sebaik tiba di rumahnya, semalam dari Manchester selepas selamat menjalani pembedahan mengeluarkan serpihan kayu yang tertusuk di betis kirinya akibat kemalangan ketika menyertai kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia.

“Saya baru tiba di rumah (Melbourne) dari Manchester. Kemudian ada orang hantar kiriman jambangan bunga dan buah-buahan. Bila saya baca kad yang disertakan, saya amat terkejut bila mendapati pengirimnya ialah Tan Sri Muhyiddin.

“Saya rasa berbangga dan terharu dengan keprihatinan Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas, semalam.

Sementara itu, Muhyiddin dalam kad kirimannya berkata: “Saya mendoakan Mohd Azizulhasni segera sembuh. Saya hargai semangat saudara yang tidak pernah mengenal erti mengalah bagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,”




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!