Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.
Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.
"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.
"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya.
Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.
Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.
"Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak.
"Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual," tuturnya.
Ditanya adakah kemungkinan mereka akan berbaik semula Dalilah memberitahu tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.
"Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja.
Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya," ujar Dalilah.
.
8 Penyokong CHELSEA:
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...akak suke dak zul neh..manis gula batu muke dia....nape dia neh?? mencik arrrr...gatai lah tu..mentang2 encemmmm
@risa kak risa jgn nangis sini..nanti banjir..ekeke
kesian pada si anak..
tenang betul wife die menghadapi kenyataan
kak lulu tahu tak. adek zul huzaimie ni ade kat uitm.zue penah ikot satu pogram.n adik zul ni join skali. tapi adik dia ni pandai kak..amik jurusan matimatik lagi
diorang da divorce ? alaaa ;( sian wife dia .minat sgt kat zul ni dulu ...
@Zue Cancer yer ke? wah
sedara wife dia ni dulu keje skali ngan makbed. dia ada ckp, zul huzaimi ni garang... kalau dia marah , dia cepuk je. tatau le betul ke tak.
Post a Comment