Monday, March 28, 2011

Hoh!! Seram..


Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.
Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh.

 

.

4 Penyokong CHELSEA:

Nora Shahaira on March 28, 2011 at 1:57 PM said...

menyeramkan..tp mengurangkan populasi nyamuk tu, macam best je..tapi labah-labah yang banyak..? oh tidak....

B33HA B3n on March 28, 2011 at 2:22 PM said...

euuw...spider...larik...hehe..takot2..
tapi pokok tu cantik la...hee..

Anonymous said...

gambar mmg la nmpk cantik.. hehe agaknye kalau kita kat situ mmg x dtg dkt la kan..

Lulu Caldina on March 29, 2011 at 10:18 PM said...

macam dalam cerita hantu,kan?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!