Monday, March 28, 2011

Kerdil tapi berjiwa besar


Impian pelatih kerdil, Mohamad Zulkifli Othman, 21, untuk menjadi mekanik hampir tercapai apabila berjaya memperoleh Sijil Automotif pada majlis konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di sini hari ini.

Walaupun mempunyai ketinggian hanya satu meter, Mohamad Zulkifli dari Selama cekal menimba ilmu dalam bidang kegemarannya itu di Kolej Komuniti Gerik selama dua tahun.

Anak kepada penoreh getah itu membuktikan bahawa kekurangan diri bukan penghalang untuk mengejar cita-cita sejak kecil iaitu mempunyai bengkel sendiri suatu hari nanti.

"Sejak kecil lagi saya mahu menjadi mekanik dan saya belajar membaiki motosikal daripada rakan-rakan sejak di sekolah menengah.

"Selepas ini, saya tidak mahu menyambung pengajian tetapi mahu terus mengusahakan bengkel sendiri jika ada rezeki," katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di Dewan Jubli Politeknik Ungku Omar, di sini hari ini.

Mohamad Zulkifli merupakan antara 842 graduan dari Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Gerik, Kolej Komuniti Teluk Intan, Kolej Komuniti Pasir Salak dan Kolej Komuniti Chenderoh yang menerima sijil dan diploma pada majlis tersebut.

Upacara penyampaian sijil dan diploma itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Menurut Mohamad Zulkifli, selama ini dia tidak pernah rendah diri dengan keadaan fizikalnya kerana banyak mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

"Sejak kecil lagi dan semasa menuntut di Kolej Komuniti Gerik, saya tidak pernah diejek, sebaliknya ramai yang ingin berkawan dengan saya dan mereka banyak membantu saya.

"Kepada mereka yang senasib, saya ingin berpesan supaya jangan sesekali berasa rendah diri kerana kita juga boleh berjaya jika sanggup berusaha," katanya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

risa on March 28, 2011 at 12:14 PM said...

hai sicantik..ape kabo??? banyak berita tak sempat baca kat sini...nak baca neh..silent please:)

Lulu Caldina on March 28, 2011 at 3:55 PM said...

@<a waaaaaaaaa..buat bising..eheh biar ganggu kak risa baca..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!