Wednesday, March 30, 2011

Kenapa pilih cara begini?


Tindakan tiga lelaki mencuri besi terpakai dari tiga gerabak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran Stesen Rawang dekat sini, membawa padah apabila seorang daripada mereka maut akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi.

Kejadian kira-kira pukul 6 pagi ini itu disedari seorang pemandu kereta api yang ingin memulakan tugas apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari belakang rumahnya.
Pemandu itu, Zalani Noor, 49, berkata, dia yang terkejut dengan bunyi tersebut menjenguk keluar dari tingkap belakang rumahnya dan mendapati api kecil sedang marak di salah sebuah gerabak kereta api.

"Saya juga terdengar suara orang menjerit meminta tolong selain terlihat dua lelaki cuba memadam api yang menyambar badan mangsa.

"Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu kemudian dilihat melarikan diri dan meninggalkan mangsa," katanya ketika ditemui di kuarters perumahan KTMB tersebut dekat sini, hari ini.

Menurut Zalani, gerabak-gerabak berkenaan telah terbiar sejak dua tahun lalu dan sering didatangi penagih dadah untuk mencuri besi terpakai.
Dia juga percaya ketiga-tiga lelaki terbabit datang ke situ untuk mencuri besi terpakai di tiga gerabak berkenaan.

Zalani berkata, berikutan itu, dia memaklumkan perkara tersebut kepada pengurus stesen yang bertugas seterusnya pihak polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, pihaknya menemui mayat seorang lelaki di atas bumbung salah satu gerabak kereta api.

"Hasil pemeriksaan mendapati 40 peratus badan mangsa melecur akibat renjatan dari kabel elektrik bervoltan tinggi berkuasa 25,000 kilowatt," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Penjejak Mimpi on March 30, 2011 at 7:41 AM said...

tu tindakan desperet sangat la tu...

mas saari on March 30, 2011 at 8:38 AM said...

orang macam ni memang tak sayang nyawa..

MizzTina on March 30, 2011 at 8:38 AM said...

rasakan...yeah!!

Fifi Nadhrah on March 30, 2011 at 8:41 AM said...

itu la balasan Allah kat dunia.. harap dapat bagi kesedaran dekat orang lain sebab orang2 ceni la KTM selalu lambat dan perkare ni menyusahkan banyak pihak..

EYQASARA on March 30, 2011 at 8:43 AM said...

cis! kawan tu bley lari plak... yg sorg tu pun satu.. g curi wat hape... kan dah kene... ish! ish! ish...!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!