Wednesday, March 30, 2011

Mana dapat banyak tu?

Sepasang suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan rasuah.

Pasangan itu ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas diketuai SPRM ekoran serbuan pasukan itu ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak kelmarin.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, kedua-dua pegawai itu ditangkap bagi membantu siasatan berhubung penglibatan jenayah yang membabitkan mereka.

"Ratusan ribu ringgit wang ditemui di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Pasangan suami isteri tersebut dipercayai berusia lingkungan 50an.

Difahamkan, suspek lelaki tersebut melibatkan seorang pegawai Kastam berpangkat Datuk.



P/S - Dari mana agaknya punca duit tu eh?



.

6 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on March 30, 2011 at 8:27 AM said...

wah...kaya betul pegawai ni..songlap eh...

ftdanisha on March 30, 2011 at 8:46 AM said...

rasuah xbis2..slalu libtkn org atsn..pgw knn pn xleh hrp cmner nk pimpin org bwhn..wt malu pnjwt awm ja..!

Hanis Azla on March 30, 2011 at 8:48 AM said...

sehati sejiwa betul.. buat jenayah pun bersama..

Axie04 on March 30, 2011 at 9:02 AM said...

dah dapat gaji pun x cukup lagi ke? kami yang gaji kecik pun leh survive ni kan plak pegawai.
takkan x cukup kot

ftdanisha on March 30, 2011 at 9:15 AM said...

@Axieda'greatGRR..sangat mrh dgn mereka kan..hiudp sng nyushkn org

Lulu Caldina on March 30, 2011 at 9:19 AM said...

@Faztee Danisha betul tu..org gaji kecik pun boleh hidup...dah biasa mkn duit haram ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!