Tuesday, March 22, 2011

Tauke bengkel jeriji maut kepala ditetak

Seorang pemilik bengkel membuat jeriji besi ditemui mati dibunuh dengan kepalanya hancur dan berlumuran darah dipercayai ditetak dengan senjata tajam di bengkelnya di Taman Sentosa, di sini, tengah malam kelmarin.

Mayat lelaki berumur 30 tahun itu ditemui pengawal keselamatan kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas terlihat mangsa terbaring dengan kecederaan parah di kepala.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini pagi semalam untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata siasatan awal polis mendapati mangsa baru tiga bulan menjalankan perniagaan di situ dan masih memakai sarung tangan dipercayai diserang ketika bekerja.

Berdasarkan siasatan awal juga, katanya, mangsa yang menetap di Taman Sentosa, di sini dipercayai diserang dengan senjata tajam oleh lebih daripada seorang suspek.

“Pemeriksaan forensik menemui lebih lima tetakan di bahagian kepala mangsa.
“Kami percaya pembunuhan ini bukan bermotifkan samun sebaliknya balas dendam.
“Siasatan lanjut turut menjurus sama ada kes ini ada kaitan dengan pinjaman along atau kumpulan kongsi gelap,” katanya.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!