Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.
Katanya, mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
.
13 Penyokong CHELSEA:
fuh ini eka tgk malam td..gila la
uishk.....mahal kot...berita ahri ni...hehe
perghh mahal nya.. kalu time tu xde duit banyak tu cmner..ekk kene cuci pinggan la
@Mek Norfa kalau cuci pinggan, entah berapa lama baru dapat byr, kan...mahal tu..
kat temerloh kan..pasni boikot kedai yang mahal giler babun itu.better makan lauk patin kat kedai makan yusof kat tepi sungai tu. 2 orang makan gulai tempoyak patin baru rm16 termasuk ulam2an, telur asin dan ais jagung 2 gelas besar..sedap giler plak tu.
bia btul , mahal nye . lpas ni sume org mkn kat umh lah nmpak gayanye. hehe
huhu..tau dah kalau g temerloh tu memang kene hati2 kalau nak makan ikan patin...baik bli masak sendiri je la..lagi puas ati....
lolx.....gyler!!!
pernah je mkn kt kdai mkn ni tp xde tnd harga, then, agkla mhl pastu pi tny tauke dye, tauke dye trangkan ape sume, then sy n kwn ckp sptotnye kna ltk harga,.tauke dy ckp mmg xpyh ltk tnda harga. mls nk gado gn pakcik tuu. huhu. haishh =,="
)pengsan*
@aida4eva hoho jgn pengsan kat sini.ekeke
giler na paw dwet -.-
duduk hotel lepas tuh 5 stars lepas tuh 2 minggu ~
giler bapak mahal..sek bek abang adik ada bela ikan patin dan tilapia...lau tak...huhuhu...
Post a Comment