Monday, May 30, 2011

Artis meninggal dunia


Sebuah laman blog, zaky-newsinsident.blogspot mendakwa, penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica meninggal dunia Sabtu lalu selepas diberi ubat berlebihan oleh doktor, lapor sebuah akhbar semalam.

Berita kematian Agnes yang berusia 24 tahun itu mencetuskan kegemparan kepada peminatnya terutama di laman jaringan sosial Twitter semalam.
Penulis blog tersebut menyiarkan kenyataan bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpa Kekasihku itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas diberi ubat berlebihan.

Dia dikatakan meninggal dunia pukul 11 pagi.
Perkara itu dipercayai dirahsiakan oleh pihak pengurusan, hospital dan keluarga Agnes.
Bagaimanapun, penyanyi jelita itu menerusi kenyataan di Twitter semalam menjelaskan, dia semakin pulih dan dibenar pulang dari hospital Siloam, Kebun Jeruk, Jakarta Barat di sini.

Agnes dilapor hanya ketawa selepas mengetahui gosip dia telah meninggal dunia.
"Hihihi itu benar kerana saya 'Meninggal'kan rumah sakit... hahahha." akui Agnes.
Penyanyi itu menjalani rawatan di hospital tersebut sejak Selasa lepas akibat mengalami kecederaan di bahagian punggung.




.

2 Penyokong CHELSEA:

risa on May 30, 2011 at 12:53 PM said...

adoyaiiii...mati pon derang leh buat main2 eh

nurkaloi on May 30, 2011 at 2:07 PM said...

laaa...wat saspended jer laaaa

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!