Monday, May 30, 2011

Pelik tapi benar..


Kira-kira 12 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, dekat sini terkejut apabila pokok pisang yang ditebang dua bulan lalu dan telah reput mengeluarkan setandan pisang kecil di bahagian batangnya.

Kejadian aneh nyata menarik perhatian mereka kerana pokok pisang yang hanya tinggal batang setinggi hampir satu meter telah mati dan tidak ada tanda-tanda untuk hidup.
Malah, pokok pisang itu langsung tidak mengeluarkan daun apabila 'hidup' semula tetapi hanya berputik dan kemudian menjadi setandan pisang.

Kumpulan pelajar tingkatan lima yang mengikuti mata pelajaran vokasional dalam bidang pertanian mendakwa, kejadian itu adalah pertama kali berlaku.
Seorang pelajar, Siti Zubaidah Mohammad berkata, mereka sebelum ini menganggap pokok tersebut telah mati berikutan keadaannya yang telah reput dan lembik.

"Pada mulanya kami sangkakan pokok itu hanya mengeluarkan tunas baru dan terus mati, tetapi ia berputik dan mengeluarkan setandan pisang kecil," katanya di sini baru-baru ini.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!