Seorang wanita yang menjadi punca tercetusnya pertempuran agama antara penduduk Islam dan Kristian di Mesir pada Sabtu lalu, ditahan semalam kerana memiliki dua suami pada satu masa.
Menurut satu sumber kehakiman, Abeer Talaat Fakhry, 26, tinggal bersama suaminya yang beragama Kristian di bandar Assiut ketika dia lari dari rumah untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Yassin Thabet, seorang lelaki Islam.
Beratus-ratus ultra-konservatif Islam yang dikenali sebagai Salafistd menyerang sebuah gereja di daerah miskin Imbaba, Kaherah pada Sabtu lalu ekoran khabar angin menyatakan Abeer yang telah memeluk Islam ditahan di gereja itu tanpa kerelaannya.
Akibat pertempuran itu, seramai 15 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.
Sumber bagaimanapun berkata, Abeer sebenarnya berada di rumah bersebelahan gereja itu bersama suaminya yang baru dan melarikan diri ketika pertempuran berlaku.
Komuniti Kristian terbesar di Mesir ialah Qibti, di mana penceraian sangat sukar untuk diperolehi.
Terdapat beberapa kes wanita Kristian yang tidak bahagia dengan perkahwinannya lari meninggalkan suami, memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Islam, tetapi perkahwinan ini tidak diiktiraf oleh undang-undang Mesir.
Akibat situasi itu, Abeer didakwa bertindak memiliki suami lebih daripada seorang dalam satu masa.
Laporan yang tersebar menyatakan wanita Kristian memeluk Islam diculik dan ditahan di gereja atau biara telah memburukkan hubungan antara kedua-dua agama itu selama beberapa bulan di Mesir.
.
2 Penyokong CHELSEA:
pulak dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...
dasat juga
Post a Comment