Monday, May 30, 2011

Dua beradik maut, ibu parah


Dua beradik terbunuh, manakala ibu mereka cedera parah apabila kereta yang dinaiki dirempuh sebuah kereta lain di Jalan Tun Teja, Taman Malim di sini, malam semalam.
Berikutan kemalangan pukul 11 malam itu, mangsa, Tay Hui Chean, 28, dan Khoo Su Poh, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ibu mereka, Tay Bong Koon, 68, pula dipercayai mengalami patah tangan kanan dan kaki kiri.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Su Poh cuba membelok ke kanan setibanya di kawasan itu.

"Namun, tiba-tiba muncul kereta Mercedez-Benz dari arah bertentangan yang disyaki dipandu laju lalu melanggar kereta mangsa dari tepi dan menyeret kenderaan mereka," katanya ketika ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kereta Mercedes-Benz itu sehingga kini belum membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat, manakala Bong Koon pula dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, ahli keluarga tiga beranak tersebut ketika ditemui di bilik mayat HM enggan ditemu bual kerana masih bersedih dengan kejadian tersebut.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!