SEKALI lagi, Sir Alex Ferguson menyalahkan mutu pengadilan buruk sebagai punca kekalahan 1-0 Manchester United kepada Arsenal yang membuka luas perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Pengurus United itu percaya pengadil Chris Foy silap apabila tidak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-88 berikutan kekasaran Gael Clichy terhadap Michael Owen, walaupun turut mengakui Arsenal juga dinafikan sepakan penalti apabila Nemanja Vidic menggunakan tangan ketika menampan hantaran lintang Theo Walcott pada babak pertama.
Selepas menyaksikan Chelsea merapatkan jurang kepada hanya tiga mata 24 jam sebelum itu apabila menang 2-1 ke atas Tottenham, Ferguson kini memerah kepala untuk merangka agenda tertentu menjelang kunjungan The Blues ke Old Trafford, Ahad ini bagi perlawanan penentuan kejuaraan
Perebutan kejuaraan memihak kepada Chelsea 11 bulan lalu apabila Didier Drogba menjaringkan gol kemenangan walaupun berada dalam kedudukan ofsaid dan tidak dapat tidak, Ferguson mahu mengelakkan perkara sama berlaku.
“Ia perlawanan besar yang mana keputusan pengadil perlawanan tidak tepat,” kata Ferguson. “Ia seimbang daripada segi kedua-dua pasukan layak mendapat sepakan penalti tetapi saya sukar untuk melihatnya (bola terkena tangan Vidic) tetapi Clichy tahu kesilapannya, malah dia mengangkat tangan kerana rasa bersalah.
“Kini ia memberi Chelsea peluang besar dan itu yang berlaku apabila anda mendapat keputusan seperti ini. Mereka (Chelsea) memperolehnya di Old Trafford musim lalu dan itu yang saya bimbangkan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment